A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

Penapis Air Kecemasan Ketika Banjir

- 04 Jan 2022
Oleh Nor Azizah Ismail, Putra Science Park
Bencana banjir merupakan antara keadaan kecemasan yang memerlukan tindakan
segera untuk mengelakkan risiko kepada kesihatan, kehidupan, alam sekitar atau harta
benda.
Jika berlaku bencana banjir, tempat perlindungan, makanan dan air minuman yang
bersih sangat menjadi keutamaan yang paling tinggi untuk mencegah orang ramai
menghadapi penyakit bawaan air atau penyakit berjangkit.

Sehubungan itu, Prof. Madya Dr. Sarva Mangala Praveena, penyelidik Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan UPM telah membangunkan alat penapis air mudah alih bagi
penggunaan kecemasan yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan kecemasan
seperti bencana, persekitaran primitif atau keadaan ekonomi dengan bekalan elektrik
yang tidak tersedia.

Alat penapis air mudah alih ini mudah dipasang, ringan, proses penapisan cepat, dan
mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Sistem “point of use” yang diterapkan dalam
inovasi ini terbukti cekap, kos efektif, mudah digunakan dan sangat mudah alih untuk
menyediakan minum air bersih dalam keadaan kecemasan.

Inovasi ini adalah dalam bentuk kon dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu “inner cap”,
“conical section” dan “bottom rim”. Inovasi ini menyediakan alat penapis air buatan
tempatan yang mudah digunakan sebagai asas untuk mendapatkan air minuman yang
bersih serta peranti yang mudah dipasang dan mesra pengguna dengan proses

penapisan yang cepat. Air yang ditapis boleh dikumpulkan dalam mana-mana jenis
bekas.

Prototaip ini telah diuji dari segi kecekapannya dalam menyediakan air minuman bersih.
Sampel dengan kekeruhan rendah lebih sesuai dan memenuhi standard kualiti air
minuman (garis panduan Kualiti Air Minum WHO dan Malaysia). Skor kriteria
kemapanan juga menunjukkan bahawa ia sesuai untuk digunakan dalam sebarang
keadaan kecemasan.

Penggunahan bahan substruktur selulosa telah menarik minat penyelidikan paling
tinggi untuk rekod pencapaiannya sebagai penapis air antibakteria. Selulosa menjadi
bahan penapis yang baik kerana ia murah, banyak, mampan, boleh diperbaharui dan
membolehkan penyerapan nanopartikel perak dengan cepat semasa proses salutan.

Menurut Prof Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah, Bahagian
Promosi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park, UPM amat mengalu-alukan
kolaborasi daripada rakan industri bagi membawa hasil penyelidikan alat penapis air ini
ke pasaran supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak industri
terutamanya bagi membantu mangsa-mangsa yang menghadapi musibah banjir.

dibaca
567
IMEJ RAWAK
ARTIKEL
Penapis Air Kecemasan Ketika Banjir
Inovasi Grafintok Tingkat Prestasi Enjin
Inovasi IVC Protector Bantu Kurangi Sakit Penggunaan Cannula
UPM receives prestigious Clarivate South and Southeast Asia Innovation Awards
Inovasi Adaptive Wear rangkul ‘Outstanding Innovation Awards’, Anugerah Emas pada MTE 2021
Biji kurma jadi serbuk minuman
UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019
Nanoselulosa Peria Katak Pencuci Luka Pesakit Diabetis
Inovasi Pensyarah UPM Hasilkan Penapis Air Dwi-Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air
UPM CEMERLANG RANGKUL 11 EMAS DAN 9 PERAK DI PECIPTA 2019
UPM-UDPS KOMERSIL INOVASI PENYINGKIRAN MERKURI
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM rangkul emas, Anugerah Khas di MTE 2020
UPM - FELDA rintis 6 kerjasama pintar pertanian
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM Rangkul 6 Emas di ITEX 2020
Pameran Artgeng 2020 Peringkat Kebangsaan
BLOG