A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

UPM CEMERLANG RANGKUL 11 EMAS DAN 9 PERAK DI PECIPTA 2019

- 22 Jan 2021
Penyelidik UPM cemerlang dengan merangkul 11 pingat Emas dan 9 pingat Perak di pameran dan pertandingan R&D International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Dewan Sultan Ismail, UTHM pada 22 hingga 23 September 2019.

PECIPTA merupakan pameran pertandingan R&D dwi-tahunan yang melibatkan kesemua universiti awam dan swasta di Malaysia anjuran KPM yang telah disertai oleh 459 inovasi dari pelbagai institusi yang dipertandingkan di dalam 5 kategori utama iaitu fundamental, inovasi, pengkomersilan STEM dan keperluan khas.

PECIPTA 2019 yang bertemakan “Innovation Beyond Immagination” telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aminol Huda Bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains Dan Teknologi mewakili YAB Menteri Besar Johor pada Majlis perasmian dan Gala Dinner PECIPTA 2019 di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM Johor.

UPM telah menghantar 20 penyertaan pada pameran PECIPTA kali ini di bawah kluster Agriculture & Aquaculture, Building & Construction, Digital Era, Data Analytics & Automation Revolution, Education, Community Development & Social Innovation, Environmental & Renewable Energy dan Health, Medical, Pharmaceutical, Food & Supplement.

Selain itu, inovasi FS Feed oleh Dr. Muhammad Fadhil Syukri Ismail daripada Fakulti Pertanian UPM turut terpilih sebagai Top 5 winner dan seterusnya berpeluang menyertai program pitching kepada pelabur dana (angel investor) Enter the Tigers' Lair oleh Malaysian Business Angels Network (MBAN) yang turut diadakan sempena PECIPTA 2019.

Turut berkesempatan melawat booth pempamer UPM ialah Prof Dr Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan juga Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang juga merupakan ketua juri kluster pertandingan PECIPTA 2019 kali ini.

Kesemua pingat pemenang telah disampaikan oleh Datin Paduka Prof. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia pada Majlis Penutup PECIPTA 2019.

Disediakan oleh: Nor Azizah Ismail
dibaca
732
IMEJ RAWAK
ARTIKEL
Penapis Air Kecemasan Ketika Banjir
Inovasi Grafintok Tingkat Prestasi Enjin
Inovasi IVC Protector Bantu Kurangi Sakit Penggunaan Cannula
UPM receives prestigious Clarivate South and Southeast Asia Innovation Awards
Inovasi Adaptive Wear rangkul ‘Outstanding Innovation Awards’, Anugerah Emas pada MTE 2021
Biji kurma jadi serbuk minuman
UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019
Nanoselulosa Peria Katak Pencuci Luka Pesakit Diabetis
Inovasi Pensyarah UPM Hasilkan Penapis Air Dwi-Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air
UPM CEMERLANG RANGKUL 11 EMAS DAN 9 PERAK DI PECIPTA 2019
UPM-UDPS KOMERSIL INOVASI PENYINGKIRAN MERKURI
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM rangkul emas, Anugerah Khas di MTE 2020
UPM - FELDA rintis 6 kerjasama pintar pertanian
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM Rangkul 6 Emas di ITEX 2020
Pameran Artgeng 2020 Peringkat Kebangsaan
BLOG