A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

Pameran Artgeng 2020 Peringkat Kebangsaan

- 19 Jan 2021
Empat staf Putra Science Park (PSP), UPM telah berjaya merangkul 1 anugerah Emas dan 3 anugerah Perak pada Pameran Artgeng 2020 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 1 hingga 15 Oktober 2020 di Galeri Seni Johor, Kompleks Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.
Tahniah diucapkan kepada Nor Azizah Ismail kerana telah berjaya menerima anugerah Emas dengan hasil karya “Arena Cahaya”, manakala anugerah Perak dirangkul oleh Asrizam Esam, karya “Dedaun Syzgium”, Mohammad Hisham Omar, karya “Re-Bina Negara” dan Hafliza Hussin, karya “Warna Malaysia” . Turut menyertai pameran ini dan berjaya terpilih untuk dipamerkan di Galeri Seni Johor adalah Ruslimah Ismail, karya “Jalinan Alam” dan Juneafitriawati Sutaham, karya “ Pakis”.

Pameran Artgeng 2020 bertemakan hasil karya 6x6 ini merupakan pameran program komuniti tahunan dan bermula pada tahun 2019. Program ini memberi fokus kepada penghasilan karya lukisan pelbagai tema anjuran Komuniti Seni Rupa Artgeng di bawah pengurusan d’Arte Fren Colony.
Menurut pengasas d’Arte Fren Colony, Norazlan Ahmad, sebanyak 3,617 penyertaan dihantar oleh peserta pelbagai peringkat umur daripada 216 institusi dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia dan Brunei.

“Hanya 2,970 karya telah terpilih untuk dipamerkan di Galeri Seni Johor sepanjang pameran ArtGeng kali ini walaupun penganjuran mengalami kesukaran semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”, katanya.

Majlis perasmian Pameran Artgeng 2020 telah dirasmikan oleh Encik Sharil Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Yayasan Warisan Johor. Pada pameran kali ini, enam staf PSP telah menghantar sebanyak 10 penyertaan karya lukisan pelbagai tema antaranya ialah Bunga Angkasa, Akar Kala, Jalinan Alam, Pakis dan Perak.

Menurut Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik PSP, penyertaan kali pertama ini membuka peluang untuk staf PSP menghasikan karya kreatif dan meningkatkan keterlihatan bakat kreatif warga UPM diperingkat kebangsaan.

“Kami bangga terpilih untuk dipamerkan di Galeri Seni Johor ini, dan turut berpeluang untuk berkongsi maklumat perlindungan harta intelek berkaitan karya seni dengan pengasas ArtGeng 2020”, katanya.

Penyertaan ini merupakan kegiatan di luar tugas hakiki yang dilihat dapat meningkatkan kemahiran insaniah, kreativiti dan seterusnya menggilap potensi dan bakat baharu dalam diri setiap individu.

Disediakan oleh: Nor Azizah Ismail

24 November 2020
dibaca
771
IMEJ RAWAK
ARTIKEL
Penapis Air Kecemasan Ketika Banjir
Inovasi Grafintok Tingkat Prestasi Enjin
Inovasi IVC Protector Bantu Kurangi Sakit Penggunaan Cannula
UPM receives prestigious Clarivate South and Southeast Asia Innovation Awards
Inovasi Adaptive Wear rangkul ‘Outstanding Innovation Awards’, Anugerah Emas pada MTE 2021
Biji kurma jadi serbuk minuman
UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019
Nanoselulosa Peria Katak Pencuci Luka Pesakit Diabetis
Inovasi Pensyarah UPM Hasilkan Penapis Air Dwi-Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air
UPM CEMERLANG RANGKUL 11 EMAS DAN 9 PERAK DI PECIPTA 2019
UPM-UDPS KOMERSIL INOVASI PENYINGKIRAN MERKURI
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM rangkul emas, Anugerah Khas di MTE 2020
UPM - FELDA rintis 6 kerjasama pintar pertanian
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM Rangkul 6 Emas di ITEX 2020
Pameran Artgeng 2020 Peringkat Kebangsaan
BLOG