MERDEKA
- 22 Jul 2021
MERDEKA
Dalam damai berteduh pada sebuah watan yang makmur,
Tersisih aku pada suatu ruang tanya dalam diri,
Menagih erti sebuah kemerdekaan.
Jika dahulu rakyat dengan bangganya mengesat keringat sambil melaungkan kata keramat Merdeka,
Aku bisa faham itu,
Kerana merdeka itu memang milik mereka,
Kata keramat yang menokhtahkan berjuta sengsara,
Menghentikan aliran derita,
Menghulur senyum dan tawa,
Menghalau penjajah durjana yang merobek watan tercinta.
Namun, hatiku masih bertanya,
Adakah kita masih merdeka?
Adakah merdeka masih milik kita?
Aku masih belum punya jawapan untuk itu.
Dalam damai berteduh pada sebuah watan yang makmur,
Kukira ruang tanya itu telah ada jawabnya,
Kulihat pada sosok pemuda pemudi negara,
Laungan merdeka hanya sebatas kata,
Bukan pada medan amalnya.
Aku bungkam,
Di dada-dada akhbar, di layar media massa,
Sosok harapan negara itu hampir karam,
Karam dalam kata merdeka ciptaan mereka,
Merdeka dalam dunia yang membisukan,
Merdeka dalam kehausan ilmu dan pengetahuan,
Merdeka dalam penjajahan pemikiran,
Merdeka dalam ikatan dunia khayalan.
Merdeka,
Adakah kita telah merdeka?
Adakah merdeka milik kita?

Puisi Rumpunan Merdeka, Azizah Ismail, Antologi Lasykar Puisi Alam Melayu eISBN 97896719463051, 209