Sidang Media Inovasi EIE 2023
- 25 Jul 2023
Putra Science Park UPM telah mengadakan Sidang Media Putra Cipta Inovasi sempena Engineering Innovation & Exhibition (EIE) 2023 di Thinker Space Room, Fakulti Kejuruteraan UPM.
Sidang media ini mengetengahkan inovasi “Net-Peat: Estimation of Ground Water Level (GWL) for Tropical Peatland Forest Using Machine Learning” yang diterajui oleh Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia.
Teknologi ini menawarkan penyelesaian kepada sistem lengkap yang menghubungkan data mengenai paras air di dalam tanah, suhu cuaca dan pengawasan paya gambut untuk mengukuhkan lagi kelestarian hutan paya gambut.
Selain itu, teknologi IoT akan membantu sistem amaran kebakaran kepada komuniti setempat, terutamanya semasa musim kering yang diintegrasikan bersama sistem lain seperti Fire Danger Rating System (FDRS).
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak media yang hadir termasuklah Kosmo, Utusan Malaysia, RTM serta pihak industri.