A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019

- 19 Jan 2021
UPM berjaya merangkul 2 anugerah utama dan 6 anugerah mengikut kluster masing-masing sempena Selangor R&D and Innovation Expo 2019 yang telah berlangsung pada 10 hingga 13 Oktober 2019 di Malaysia International Trade and Exhibition (MITEC), Kuala Lumpur.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyediakan platform pengkomersilan serta menggalakkan kajian dan penyelidikan di antara universiti, institusi penyelidikan dan mewujudkan jaringan industri.

Selangor R&D and Innovation Expo 2019 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor pada Majlis Perasmian Selangor R&D and Innovation Expo 2019 di Dewan 6, Aras 2 MITEC KL. Pada majlis tersebut juga telah diadakan Pertukaran Dokumen Perjanjian MOA Perlesenan di antara Universiti Putra Malaysia dan Upstream Downstream Process Sdn Bhd bagi inovasi ImprintSorb (Mercury Removal Polymer). Inovasi tersebut direka dan dihasilkan secara khusus untuk menyingkirkan merkuri di dalam air hasil penyelidikan oleh Prof. Dr. Nor Azah Yusof dan ahli kumpulannya dari Fakulti Sains, UPM.

UPM telah menghantar 12 penyertaan pada pameran Selangor R&D and Innovation Expo ini di bawah kluster Sains Hayat, Mesin dan Peralatan, Elektrik dan Elektronik, Pengangkutan serta Makanan dan Minuman. Selain itu, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Langit Putra dari Putra Science Park dan Pejabat TNCPI, Universiti Putra Malaysia melalui projek inovasi Syktider turut bertanding bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS).

Turut berkesempatan melawat booth pempamer UPM ialah Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dan juga Prof Dr Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM.

Dr. Karmegam Karuppiah dan Pn. Nur Athirah Diyana Mohammad Yusof dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjadi Johan bagi Kluster Pengangkutan (Kategori Universiti) dan telah dinobatkan sebagai Kluster Terbaik dengan nilai penyelidikan sebanyak RM50,000.00 bagi inovasi Child Pillion Safety Backrest Prototype iaitu inovasi yang diabngunkan secara khusus untuk menjaga keselamatan penunggang muda.

Selain itu, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan dari Institut Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM telah menjadi Johan bagi Kluster Pemesinan & Peralatan (Kategori Universiti/Kolej) dan telah menerima nilai geran penyelidikan sebanyak RM10,000.00 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Kesemua anugerah pemenang telah disampaikan oleh YAB Tuan Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor pada Majlis Penutup Selangor R&D and Innovation Expo 2019.

Di samping itu, pelbagai program sampingan telah diadakan sempena Selangor R&D and Innovation Expo 2019 seperti Pertandingan R&D Terbaik, Pertandingan Inovasi, Business Matching bagi R&D dan industri, Sharing Session, Sesi Bersama Institusi Penyelidikan dan Seminar Pengurusan Harta Intelek dan Pengkomersilan yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zahira Mohd Ishan, Timbalan Pengarah Bahagian Harta Intelek, Putra Science Park UPM.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penyelidik UPM yang telah menerima anugerah masing-masing sempena Selangor R&D and Innovation Expo 2019.


Oleh Nor Azizah Ismail, Putra Science Park


dibaca
732
IMEJ RAWAK
ARTIKEL
Penapis Air Kecemasan Ketika Banjir
Inovasi Grafintok Tingkat Prestasi Enjin
Inovasi IVC Protector Bantu Kurangi Sakit Penggunaan Cannula
UPM receives prestigious Clarivate South and Southeast Asia Innovation Awards
Inovasi Adaptive Wear rangkul ‘Outstanding Innovation Awards’, Anugerah Emas pada MTE 2021
Biji kurma jadi serbuk minuman
UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019
Nanoselulosa Peria Katak Pencuci Luka Pesakit Diabetis
Inovasi Pensyarah UPM Hasilkan Penapis Air Dwi-Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air
UPM CEMERLANG RANGKUL 11 EMAS DAN 9 PERAK DI PECIPTA 2019
UPM-UDPS KOMERSIL INOVASI PENYINGKIRAN MERKURI
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM rangkul emas, Anugerah Khas di MTE 2020
UPM - FELDA rintis 6 kerjasama pintar pertanian
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM Rangkul 6 Emas di ITEX 2020
Pameran Artgeng 2020 Peringkat Kebangsaan
BLOG