A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

Nanoselulosa Peria Katak Pencuci Luka Pesakit Diabetis

- 22 Jan 2021
Berinspirasikan pengalaman mencuci luka pesakit diabetes 3 tahun lalu, Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM telah berjaya menghasilkan inovasi Medicated Wound Dressing iaitu inovasi pencuci luka yang menggunakan teknologi hijau bersumberkan peria katak yang dapat dihasilkan dengan kos yang rendah dan lebih efektif pada sesi Sidang Media Putracipta di Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia

Menurut beliau, Malaysia mempunyai kira-kira tiga juta pesakit yang menghidap penyakit kencing manis dan merupakan kadar pesakit yang tertinggi di Asia. Dengan jumlah tersebut, lebih daripada RM2.04 billion setahun telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk merawat pesakit kencing manis dan sebahagiannya digunakan untuk membayar kos pencucian luka pesakit-pesakit tersebut menggunakan produk pencuci luka import yang berkos tinggi.

“Inovasi Medicated Wound Dressing adalah produk yang berasaskan penggunaan nanoselulosa yang dihasilkan oleh bakteria yang ditemui dalam buah yang rosak seperti buah belimbing. Nanoselulosa tersebut kemudiannya digabungkan dengan bahan nano yang telah disintesis dari peria katak untuk menghasilkan produk baharu dikenali sebagai bahan komposit selulosa bakteria nano partikel perak atau komposit ‘hijau’”, katanya.

Komposit ‘hijau’ adalah produk baharu dan ‘novel’ untuk bahan penyembuh dan pencucian luka yang kronik. Inovasi ini juga menunjukkan proses dan ciri-ciri yang ekonomik, mesra alam dan mempunyai ciri-ciri penting anti-mikrob. Berbeza dengan harga produk penyembuh luka import yang mahal di pasaran, produk Medicated Wound Dressing dapat dihasilkan pada harga yang berpatutan.

“Antara kelebihan produk ini ialah ia boleh digunakan secara terus pada luka sebagai gel penyembuh, atau boleh disediakan sebagai lapisan dalam balutan luka, atau dijadikan sebagai cecair penyembur.” Katanya.



Produk ini menggunakan kaedah hijau (green method), lebih ekonomik kerana menggunakan sisa dan bahan buangan daripada buah-buahan, dihasilkan melalui prosedur yang mudah, tidak mengandungi bahan toksik, mempunyai ciri penyembuhan dan anti-mikrobial lebih berkesan serta berpotensi besar digunakan pada luka yang kronik dan traumatik dengan mengurangkan jangkitan kuman yang mana sesuai kepada rawatan luka pesakit kencing manis.

Prof Dr Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, UPM berkata, “UPM mengharapkan kerjasama daripada pihak industri agar dapat mengkomersilkan hasil inovasi ini supaya pelbagai kelebihan inovasi ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya kepada golongan B40”

Ahli kumpulan yang terlibat dalam menghasilkan Medicated Wound Dressing bersama Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad ialah Muhammad Izzuddin Zahimi, Dr. Mona Moniri, Dr. Amin Boroumandmoghaddam, Dr. Sussan Azizi, Zulhimi Masri, Dr. Mohamad Ridzuan Yahya, Prof. Dr. Raha Abdul Rahim dan Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad.

Inovasi Medicated Wound Dressing telah memenangi pingat emas di International Invention, Innovation & Technology Exhibition, Malaysia (ITEX) 2019 pada 4 Mei 2019 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Disediakan oleh: Nor Azizah Ismail

dibaca
828
IMEJ RAWAK
ARTIKEL
Penapis Air Kecemasan Ketika Banjir
Inovasi Grafintok Tingkat Prestasi Enjin
Inovasi IVC Protector Bantu Kurangi Sakit Penggunaan Cannula
UPM receives prestigious Clarivate South and Southeast Asia Innovation Awards
Inovasi Adaptive Wear rangkul ‘Outstanding Innovation Awards’, Anugerah Emas pada MTE 2021
Biji kurma jadi serbuk minuman
UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019
Nanoselulosa Peria Katak Pencuci Luka Pesakit Diabetis
Inovasi Pensyarah UPM Hasilkan Penapis Air Dwi-Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air
UPM CEMERLANG RANGKUL 11 EMAS DAN 9 PERAK DI PECIPTA 2019
UPM-UDPS KOMERSIL INOVASI PENYINGKIRAN MERKURI
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM rangkul emas, Anugerah Khas di MTE 2020
UPM - FELDA rintis 6 kerjasama pintar pertanian
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM Rangkul 6 Emas di ITEX 2020
Pameran Artgeng 2020 Peringkat Kebangsaan
BLOG