A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

LANGIT PUTRA RANGKUL TEMPAT KETIGA HASILKAN INISIATIF HIJAU SKYPATCHER

- 10 Sep 2023
Inovasi Skypatcher UPM berjaya memenangi tempat ketiga bagi ketegori Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam pertandingan Rekacipta Barangan Kitar Semula sempena Minggu Kualiti dan Inovasi yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang yang telah diadakan pada 4 dan 5 September 2023.

Skypatcher merupakan inovasi yang diketuai oleh Asrizam Esam, dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Langit Putra dari Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia merupakan alat penampal poster yang dihasilkan daripada bahan buangan sisa kaki gegantung dengan kos yang rendah, mampu mempercepatkan 70% masa penampalan dan dapat mengelakkan risiko terjatuh sepenuhnya.

Menurut Asrizam Esam, selain isu keselamatan, menampal poster mengikut ketinggian yang sama tanpa senget adalah perkara yang merenyahkan dan memerlukan masa.

“Terdapat juga poster yang perlu ditanggalkan semula disebabkan dipasang senget yang boleh menjejaskan imej organisasi,” tambah beliau.

Alat ini telah digunapakai sejak tahun 2022 bagi menampal poster pameran di KLCC. Uniknya Skypatcher ialah apabila ia dapat memegang poster yang ingin ditampal dengan baik menggunakan patcher khas namun mudah ditanggalkan selepas poster ditampal.

Alat yang telah mendapat perlindungan hak cipta ini turut memenangi tempat pertama dalam pertandingan KIK UPM 2022 yang telah dibangunkan bersama ahli kumpulan yang lain iaitu Wan Mohd Hafiz Wan Baharuddin, Muhammad Izzat Nor Adzmi, Nor Azizah Ismail, Wan Nuryani Wan Mohamed Rosly dan Shahriman Hashim selaku Fasilitator daripada Putra Science Park dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia.

dibaca
171
IMEJ RAWAK
ARTIKEL
Penapis Air Kecemasan Ketika Banjir
Inovasi Grafintok Tingkat Prestasi Enjin
Inovasi IVC Protector Bantu Kurangi Sakit Penggunaan Cannula
UPM receives prestigious Clarivate South and Southeast Asia Innovation Awards
Inovasi Adaptive Wear rangkul ‘Outstanding Innovation Awards’, Anugerah Emas pada MTE 2021
Biji kurma jadi serbuk minuman
UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019
Nanoselulosa Peria Katak Pencuci Luka Pesakit Diabetis
Inovasi Pensyarah UPM Hasilkan Penapis Air Dwi-Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air
UPM CEMERLANG RANGKUL 11 EMAS DAN 9 PERAK DI PECIPTA 2019
UPM-UDPS KOMERSIL INOVASI PENYINGKIRAN MERKURI
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM rangkul emas, Anugerah Khas di MTE 2020
UPM - FELDA rintis 6 kerjasama pintar pertanian
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM Rangkul 6 Emas di ITEX 2020
Pameran Artgeng 2020 Peringkat Kebangsaan
BLOG