A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN WAN NURYANI BINTI WAN MOHAMED ROSLY
PEGAWAI EKSEKUTIF 2
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
wannuryani
BM
EN

Orang Asli Suku Batek perlu diberi pendidikan

- 26 Jun 2023
GUA MUSANG: Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan penting untuk membuka pusat pendidikan di Kuala Koh bagi membantu kepada Orang Asli suku Batek yang tercicir dalam pelajaran.

Penasihat kepada Timbalan Perdana Menteri, Dr Mohamad Salmi Mohd Sohod, berkata tindakan itu bukan saja dapat memberi ilmu kepada mereka, bahkan bagi memudahkan kaum itu menerima perubahan yang dilakukan kerajaan.

“Saya sendiri sudah bercakap dengan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin supaya pusat pembelajaran disediakan bagi membolehkan semua penduduk Orang Asli boleh belajar.

“Itu asas literasi untuk membantu berinteraksi dengan mereka dan bagi mebolehkan mereka berdikari.

“Kita mahu Orang Asli suku Batek di kampung ada perkembangan positif bagi mendidik mereka yang kehidupan lebih maju,” katanya kepada pemberita pada Program Gotong-royong Perdana di Kampung Kuala Koh, dekat sini, hari ini.

Sejak awal Mei lalu, seramai 15 Orang Asli suku Batek Kuala Koh meninggal dunia kerana jangkitan demam campak, manakala 112 lagi menerima rawatan di hospital berhampiran. Berikutan penularan penyakit itu, kampung terbabit diletakkan sebagai zon merah dan status itu ditarik balik pada 8 Julai lalu.

Suku Batek yang keluar hospital terpaksa dikuarantin di Pusat Penempatan Sementara Etnobotani Gua Musang.

Dr Mohamad Salmi berkata, buat masa penting bagi mereka menjagakan kebersihan diri dan kampung.

Justeru, beliau mengharapkan bantuan daripada Kementerian Pendidikan bagi menyelesaikan isu pendidikan kaum terbabit.

“Pendidikan perlu bagi memastikan generasi baharu kaum berkenaan terdidik dengan ilmu pelajaran dan kesihatan dijaga.

“Kita juga akan berbincang secara menyeluruh dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk melihat pendekatan pembangunan Orang Asli berjaya,” katanya.

Ramli Ibrahim - Julai 18, 2019 @ 3:41pm
bhnews@bh.com.my

Program Gotong-royong Perdana di Kg Kuala Koh
dibaca
198
IMEJ RAWAK
Kenangan Dari Kegelapan
Hari Landskap Negara 2023
SELANGOR RESEARCH & INOVATION EXPO 2022
ARTIKEL
APRIL: BULAN KESEDARAN AUTISME SEDUNIA
KAJIAN MEMPERKASAKAN KESELAMATAN SIBER
KAEDAH AFFECTIVE DOMAIN DIBUKTI BERKESAN
BLOG