A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN WAN NURYANI BINTI WAN MOHAMED ROSLY
PEGAWAI EKSEKUTIF 2
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
wannuryani
BM
EN

KAJIAN MEMPERKASAKAN KESELAMATAN SIBER

- 26 Jun 2023
ABSTRAK

Jabatan Perlindungan Data Peribadi adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) merupakan satu perundangan siber yang telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013. Objektif utama undang-undang ini digubal adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial oleh pengguna data dan melindungi kepentingan data peribadi ‘subjek data’, iaitu individu atau pemilik data. Manakala CyberSecurity Malaysia adalah sebuah Syarikat Menurut Jaminan (CLBG), juga di bawah KKMM yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan telah diberi mandat di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (Pindaan 2013) sebagai sebuah Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan yang berperanan menyediakan perkhidmatan kepakaran khusus mengenai keselamatan siber serta mengenal pasti secara berterusan bidang-bidang yang boleh menjejaskan keselamatan awam negara.

Secara khususnya kajian model pengukuhan ini akan meneliti empat (4) elemen utama bagi kedua-dua agensi iaitu perundangan, tadbir urus/struktur organisasi, kewangan dan model kemapanan. Seterusnya diakhir kajian ini turut dikemukakan syor dan cadangan di mana ianya
dapat menjadi model pengukuhan terbaik dalam merealisasikan aspirasi kedua-dua
agensi secara khususnya dan KKMM secara amnya.

@2021

Penyerahan Laporan Akhir kepada KKMM
dibaca
302
IMEJ RAWAK
Wira Yang Hilang@Lobang Jepang
Sumbang Buku Bung Hatta
ARTIKEL
APRIL: BULAN KESEDARAN AUTISME SEDUNIA
KAJIAN MEMPERKASAKAN KESELAMATAN SIBER
KAEDAH AFFECTIVE DOMAIN DIBUKTI BERKESAN
BLOG