A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN WAN NURYANI BINTI WAN MOHAMED ROSLY
PEGAWAI EKSEKUTIF 2
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
wannuryani
BM
EN

Berani Menggeleng?

- 29 Apr 2022
Arahan itu menyuruh.
Sila hantar laporan. SEGERA!
Si raga tunduk. Lantai direnung.

Ketukan di pintu kuat.
Ada mesyuarat jam lima. WAJIB!
Si raga tunduk. Jam ditenung.

Telefon berdering nyaring.
Kami nak jumpa. BINCANG.
Si raga tunduk. Skrin direnung.

Whatsapp berjela diterima
Mohon ibubapa ambil tindakan. PANTAS.
Si raga tunduk. Wajah anak direnung.

Panggilan Agung memecah buntu;
"Marilah Menuju Kejayaan". PASTI.
Si raga tidak lagi tunduk. Malah ingin bersujud.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku; dadaku, dan mudahkanlah bagiku; urusanku, dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham bicaraku.

Si raga tidak menggeleng. AKUR.
Akan diusaha satu-satu.
Peri penting mana petir, mana guruh?
Selagi kudrat, Si raga memburuh.

29.04.2022
UPM
Hujung Ramadhan

dibaca
1073
IMEJ RAWAK
Buku: YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan
Sarung Bantal Batik
Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
ARTIKEL
APRIL: BULAN KESEDARAN AUTISME SEDUNIA
KAJIAN MEMPERKASAKAN KESELAMATAN SIBER
KAEDAH AFFECTIVE DOMAIN DIBUKTI BERKESAN
BLOG