Kempen mencintai alam sekitar melalui pemikiran kitar hayat
- 15 Sep 2020
Program: Projek Komuniti Pemikiran Kitar Hayat
Tempat: SK Balok Baru, Kuantan, Pahang
Tarikh: 1 November 2019
Rasa sayang terhadap alam sekitar memang perlu diterapkan peringkat awal kanak-kanak lagi. Kita biasa mendengar pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada peringkat awal kanak-kanak kebanyakan ilmu yang diperolehi mereka adalah melalui pemerhatian dan apa yang dialami setiap masa. Ibu bapa dan guru-guru merupakan agen utama dalam menyampaikan ilmu.
Menyedari hakikat ini, memupuk nilai cintakan alam sekitar perlulah disemai dengan baik. Kerana benih ilmu yang baik akan menghasilkan pokok amalan yang subur. Kanak-kanak yang terdidik dengan nilai yang baik ini bakal menjadi pengurus alam sekitar di masa hadapan. Salah cara kita mendidik akan pincanglah tindakan mereka dalam mengurus alam sekitar nanti. Kita tidak mahu semua ini berlaku. Apa yang kita mahukan adalah alam sekitar yang ada sekarang terjaga dan menjadi lebih baik di masa akan datang.

“
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
”
Konsep pemikiran kitar hayat merupakan satu cara berfikiran di luar kotak dalam mengurus alam sekitar. Kita bukan melihat sumbangan pelepasan dan sisa sekadar pada fasa pengeluaran produk sahaja tetapi juga melihat sumbangan pelepasan dan sisa pada fasa-fasa lain produk tersebut secara menyeluruh. Sekiranya pengawasan pelepasan dan sisa dibuat pada fasa pengeluaran produk sahaja, sumbangan pelepasan dan sisa kepada alam sekitar sudah agak besar dan agak terlewat sedangkan kita mampu untuk mengawalnya dengan meminimakan sumbangan tersebut. Hal ini kerana kita mungkin berada berada pada mana-mana fasa-fasa kehidupan produk itu. Di mana kita berada pada fasa kitar hayat produk itu, kita perlu bertanggung jawab menguruskannya agar meminimakan pelepasan dan sisa yang terhasil dari fasa tersebut.
Fasa-fasa hayat dalam produk umumnya terdiri dari fasa mendapatkan bahan mentah, fasa pengeluaran, fasa pengedaran, fasa penggunaan dan akhir sekali fasa pelupusan. Bagi meminimakan kesan buruk kepada alam sekitar, semua fasa ini perlu diberi perhatian sewajarnya. Kajian penilaian kesan alam sekitar bagi keseluruhan fasa ini dipanggil sebagai penilaian kitar hayat atau life cycle assessment (LCA).
Umumnya, semua produk dan perkhidmatan mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar hasil dari pelepasan dan sisa yang dihasilkan. Dengan pengurusan yang bijak, kita dapat meminimakan kesan buruk terhadap alam sekitar ini.

Semua produk dan perkhidmatan mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar
”
Menyedari hakikat tentang peripentingnya pengurusan alam sekitar dipikul oleh setiap individu, secara spesifiknya, konsep pemikiran kitar hayat, maka sasaran yang paling relevan bagi menyampaikan konsep ini adalah kepada guru-guru dan murid-murid sekolah rendah. Memberi pendidikan biarlah pada peringkat awal lagi. Konsep pemikiran kitar hayat perlu disampai dalam ayat yang mudah tapi memberi impak yang besar pada jiwa kanak-kanak ini iaitu menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab individu.
Sekolah kebangsaan Balok Baru, Kuantan berbesar hati menerima kunjungan kami bagi mencapai matlamat ini. Sesi penyampaian ilmu dibahagikan kepada dua kumpulan sasaran iaitu kumpulan guru dan kumpulan murid Tahap 2. Sesi bersama murid Tahap 2 dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar Bacelor Pengurusan Alam Sekitar Tahun 3.
Program komuniti Pemikiran selama separuh hari ini mendapat respons positif dari guru dan pelajar. Mereka berminat dengan aktiviti yang disediakan dan memahami dengan konsep yang disampaikan. Guru Besar sekolah ini mengalu-alukan lagi program seperti ini diadakan lagi pada masa-masa akan datang.