Life Cycle Alley: Membuka Minda Pemikiran Kitar Hayat
- 14 Sep 2020
Kita biasa mendengar dengan terma pendidikan alam sekitar. Tetapi kita jarang mendengar akan pendidikan pemikiran kitar hayat. Adakah terma ini terma yang baru dalam pendidikan alam sekitar? Ya, terma ini agak baru dalam dunia pendidikan alam sekitar tetapi bukanlah satu yang baru dalam bidang pengurusan alam sekitar.
Pemikiran kitar hayat adalah satu pendekatan dalam menjaga alam sekitar yang tidak hanya berfokus pada hanya satu-satu fasa dalam suatu penghasilan produk. Sesuatu produk biasanya mempunyai beberapa fasa hayat iaitu fasa mendapatkan bahan mentah, fasa penghasilan bahan, fasa pengedaran, fasa penggunaan dan fasa akhir hayat produk. Pada fasa akhir hayat, produk tersebut biasanya dibuang atau dikitar semula. Dalam pemikiran kitar hayat sesuatu produk setiap fasa hayat produk tersebut akan dinilai kesannya terhadap alam sekitar, ekonomi dan juga sosial.

Untuk kesan-kesan (negatif atau positif) terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosial yang dihasilkan dari produk tersebut, penilaian keseluruhan fasa kitar hayat tersebut perlu diambilkira. Penilaian secara keseluruhan fasa hayat produk ini digelar sebagai penilaian buaian ke pusara (cradle to grave).
Tanpa pengetahuan yang jelas tentang fasa-fasa kitar hayat produk, masalah alam sekitar, ekonomi dan sosial yang terhasil dari produk agak sukar ditangani. Umumnya semua produk memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar. Maka, satu usaha perlu dibuat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peri penting memahami fasa hayat produk tersebut. Pemahaman yang betul tentang fasa-fasa produk bukan sahaja dapat memberikan penambahbaikan dari segi prestasi dan kualiti produk malah dapat mengurangkan masalah alam sekitar, ekonomi dan sosial.
Tapi, bagaimana konsep pemikiran kitar hayat ini dapat disampaikan pada masyarakat? Kita perlu lebih banyak pengeluar yang sedar tentang kajian kitar hayat produk ini. Dengan kesedaran yang tinggi, pengeluar akan lebih bertanggung jawab dengan produk yang mereka hasilkan. Bagi meningkatkan kesedaran tentang pemikiran kitar hayat ini, kempen kesedaran perlulah dijalankan sepanjang masa.

Baru-baru ini satu pelancaran Lorong Kitar Hayat (Life Cycle Alley) telah dirasmikan oleh Prof Dr Ahmad Makmom (Timb Dekan Siswazah, FHAS), di Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM. Lorong ini diusahakan oleh pelajar-pelajar siswazah MASPUTRA bagi mengetengahkan hasil tugasan mereka bertemakan Pemikiran Kitar Hayat. Poster-poster yang dihasilkan secara umumnya menyampaikan idea kitar hayat sesuatu produk serta kesan-kesan alam sekitar yang terhasil dari produk tersebut. Jika dilihat dari hasil karya pelajar-pelajar ini, jelas menampakkan kesungguhan dan kreativiti yang tinggi. Apa yang lebih penting, dengan usaha mewujudkan lorong seperti ini, ilmu tentang kitar hayat dapat disampaikan kepada pengunjung yang lalu lalang di sini.