A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN WAN NURYANI BINTI WAN MOHAMED ROSLY
PEGAWAI EKSEKUTIF 2
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
wannuryani
BM
EN

Phnom Penh, Cambodia

GALERI > Phnom Penh, Cambodia> 32440526_1004516139729222_8217143027118899200_n_jpg
Kenangan Dari Kegelapan
Cuaca agak panas ketika kaki melangkah ke Padang Pembunuhan@Killing Fields yang terletak di perkampungan Cheoung Ek, bahagian Selatan Kota Phnom Penh.
Padang Pembunuhan@Killing Fields adalah sebuah tempat di mana penduduk Cambodia telah dibunuh secara kejam di era pemerintahan Rejim Pol Pot atau Khmer Rouge (Merah); 1975-1979.
Tidak kira umur, agama, jantina..mereka dibunuh dengan amat kejam dengan kematian yang amat memilukan.
Awal mula, aku tanam dan semat dalam-dalam bahawasanya:
Aku bersedia:
-jika hati dan perasaan terganggu dengan suara dari audio yang dipasang..mengimbau setiap perit, sakit yang dialami mereka..mangsa kekejaman Pol Pot.
Aku bersedia:
-jika akan berlaku kejutan yang dahsyat dengan apa yang akan dilihat sepanjang penerokaan di Padang Pembunuhan@Killing Fields
Aku bersedia:
-jika hati dan perasaan aku direnggut oleh cerita-cerita sahih yang sangat sedih tetapi cukup menarik untuk didengari. Ia berlaku lebih kurang 40 tahun yang lalu di mana tempat itulah yang bakal dilalui.
Aku bersedia:
-jika empangan tiba-tiba pecah, histeria dan sebagainya
Aku bersedia:
-jika tiba-tiba aku speechless/kelu, serta tiada kekuatan untuk berswafoto sebagai kenang-kenangan
Aku bersedia:
-jika kenangan pilu itu akan sentiasa terpahat dalam kotak memori aku sampai bila-bila.
GALLERY
Pos Kuala Mu, Perak (2 gambar)
Jarum & Benang (3 gambar)
Krabi, Thailand (3 gambar)
Langit Putra (3 gambar)
Lantera Ilmu (9 gambar)
Lombok, Indonesia (3 gambar)
Muzik & Seni (10 gambar)
Padang, Indonesia (4 gambar)
Penangkap Mimpi (3 gambar)
Phnom Penh, Cambodia (2 gambar)
PSP (13 gambar)
Sedarah (2 gambar)
Yogyakarta, Indonesia (2 gambar)
ARTIKEL TERKINI
KAEDAH AFFECTIVE DOMAIN DIBUKTI BERKESAN
KAJIAN MEMPERKASAKAN KESELAMATAN SIBER
APRIL: BULAN KESEDARAN AUTISME SEDUNIA
BLOG TERKINI