A
PROFILE
UPM's Staff Profile
PUAN WAN NURYANI BINTI WAN MOHAMED ROSLY
PEGAWAI EKSEKUTIF 2
OFFICE OF THE DEPUTY VICE CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION)
wannuryani
BM
EN

APRIL: BULAN KESEDARAN AUTISME SEDUNIA

- 26 Jun 2023
Tugasan Nur Dahlia Zahirah kali ini bagi saya amat mencabar. Penghebahan maklumat mengenai BULAN KESEDARAN AUTISME. Kandungan hebahan hendaklah bersesuaian dengan kesedaran mengenai Autisme.

Lama saya mengambil masa mengumpul idea bagaimana untuk menyempurnakan tugasan Dahlia. Beberapa rakan saya hubungi untuk mendapatkan bantuan, juga sudi berkongsi serba sedikit pengalaman mereka menjaga anak istimewa ini. Seorang rakan menjemput saya ke salah sebuah sekolah yang menawarkan Pogram Pendidikan Khas Integrasi, bagi mengikuti sendiri program-program yang telah pihak sekolah jadualkan. Anak beliau juga menerima pendidikan khas di sana. MasyaAllah.

Beberapa hari juga saya mengambil masa, dek kekangan waktu akhirnya saya membuat keputusan cuba menulis sendiri pengalaman semasa menjalankan tugas iaitu bersama-sama melaksanakan satu Program Pendidikan Alam Semulajadi Bagi Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) beberapa bulan yang lalu.

Hari itu cuaca amat baik. Kami di eDU-PARK, Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia, tidak sabar menerima kunjungan daripada anak-anak istimewa ini. Seramai 35 orang murid dari SK Putrajaya Presint 8(2), SK Putrajaya Presint 9(2), SK Kota Warisan, SK Salak dan SK Taman Putra Perdana berpeluang mengadakan Program Pendidikan Alam Semulajadi dibeberapa lokasi eDU-PARK, Universiti Putra Malaysia.

Jelas sekali mereka sangat teruja dan tidak sabar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti berkonsepkan alam semulajadi.

Aktiviti pertama, mereka telah dibawa ke Pusat Ekuin, UPM. Di sini, mereka didedahkan dan menerokai pelbagai aktiviti menarik seperti memberi makan kuda, berpeluang berinteraksi dengan kuda, dan demonstrasi horse grooming. Seronok bukan main anak-anak ini dapat menyentuh dan merasai sendiri tekstur bulu kuda, walapun pada awalnya mereka agak takut-takut. Ia juga salah satu cara terapi sensori untuk merangsang perkembangan deria dan pembangunan motor halus mereka.

Seterusnya, mereka dibawa ke Ladang Bersepadu, Ladang 10. Di sini mereka berpeluang menjelajah setiap pelosok ladang. Mereka sangat seronok dengan penerangan dari fasilitator mengenai lebah kelulut, belajar menanam sayur dan pokok buah serta berpeluang memberi makan ikan. Mereka meneroka dan belajar mengenai alam sekeliling. Banyak soalan mereka, sehingga fasilitator termengah-mengah juga dibuatnya. Tetapi bagi kami itu adalah moment cukup indah kerana berpeluang melayani tetamu istimewa kami kali ini.

Melalui perkongsian dari para guru, kaedah dan pendekatan pembelajaran secara hands on ini dapat memberi peluang kepada mereka, para pendidik mengenal tahap keupayaan murid dan sebagai salah satu intervensi awal agar tahap keupayaan anak-anak ini dapat dioptimumkan. Pendekatan sedemikian yang melibatkan deria sensori adalah teknik pembelajaran yang menggabungkan konsep teori dan fizikal dengan memenuhi aspek pendengaran, pemerhatian, percakapan dan pergerakan fizikal.

Peranan besar kami di eDU-PARK, dengan memberi pengalaman belajar menerokai dengan cara yang lebih santai tetapi bersifat informatif selain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Tambahan pula UPM adalah sebagai peneraju kepada edu-pelancongan yang pertama di negara ini yang mempunyai modul-modul komprehensif dari pelbagai bidang dan sesuai untuk setiap peringkat umur.

Program berakhir pada jam 1.00 petang. Bukan anak-anak ini sahaja yang mendapat pengalaman keseronokkan, tetapi kepada kami juga. Melihat mereka hati saya tersentuh. Mereka merupakan anak-anak syurga yang akan menanti ibu bapa dan keluarganya di sana. Waima fizikal, perangai dan keadaan, merekalah perhiasan dunia yang patut dijaga dan disayang sebaik-baiknya.

Bantulah anak istimewa ini kerana disisi Allah SWT mereka merupakan saham akhirat yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk kita perolehi jika kita redha dalam menjaga anak ini dengan penuh amanah dan kesabaran.

Jumpa lagi ya anak-anak!

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KESEDARAN AUTISME.

read by
257
RANDOM IMAGE
Pakaian Adat Suku Sasak
Saksi Bisu
LATEST ARTICLE
KAEDAH AFFECTIVE DOMAIN DIBUKTI BERKESAN
APRIL: BULAN KESEDARAN AUTISME SEDUNIA
KAJIAN MEMPERKASAKAN KESELAMATAN SIBER
LATEST BLOG