
Dr. Noor Zafira Noor Hasnan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Bidang penyelidikan beliau tertumpu kepada Kejuruteraan Sistem Makanan dan Proses (Food and Process Systems Engineering), dengan pengkhususan dalam aplikasi Internet Kebendaan (Internet of Things, IoT), sistem pengurusan keselamatan makanan berasaskan awan (cloud-based), pengoptimuman sistem, pemodelan dan simulasi sistem, serta transformasi digital dalam operasi pembuatan makanan. Selain penyelidikan, beliau turut menyediakan khidmat perundingan dalam reka bentuk kilang makanan, keselamatan makanan, dan pengurusan operasi pembuatan makanan.