A
PROFILE
UPM's Staff Profile
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

Inovasi Adaptive Wear rangkul ‘Outstanding Innovation Awards’, Anugerah Emas pada MTE 2021

- 18 Nov 2021

Berita UPM
Oleh: Nor Azizah Ismail
sub-tajuk
SERDANG, 2 Nov – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkul Outstanding Innovation Awards dan Anugerah Emas di Malaysia Technology Expo (MTE 2021): Sustainable Development Goals (SDG) International Innovation Awards, baru-baru ini.

Kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Dr Nazlina Shaari dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM memenangi anugerah itu melalui inovasi Adaptive Wear, inovasi pakaian kesihatan yang memfokuskan kepada pesakit warga emas dan orang kurang upaya.

Inovasi itu yang telah dipatenkan, mengetengahkan potongan pakaian yang direka khas untuk mereka memakai sendiri pakaian dengan lebih mudah, selesa dan sopan.

Prof. Dr Nazlina berkata inovasi Adaptive Wear itu berkonsepkan ‘Kami Prihatin’ (We Care Design).

“Produk pakaian yang dihasilkan ini terdapat dalam dua bentuk iaitu untuk warga emas yang lumpuh sepenuhnya (bedridden) dan untuk yang lumpuh separuh badan,” katanya.

read by
705
RANDOM IMAGE
LATEST ARTICLE
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
Penapis Air Kecemasan Ketika Banjir
UPM Rangkul 6 Emas di ITEX 2020
LATEST BLOG