A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK AISHAH BINTI HISAMUDDIN
PEGAWAI EKSEKUTIF 4
JABATAN CANSELERI
aishah
BM
EN

UPM Pamer Lima Teknologi Di Malaysia Berinovasi

- 07 Mar 2023
Oleh: Aishah Hisamuddin

Kuala Lumpur, 3 Ogos – UPM telah diberi peluang oleh pihak Unit Perancangan ekonomi (EPU) bagi mempamerkan 5 inovasi utama di dalam sektor pertanian dan sekuriti makanan di reruai pameran inovasi UPM sempena pameran Malaysia Berinovasi di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, bermula pada 2 dan 3 Ogos 2022.

Pameran yang julungkan kalinya menggabungkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan telah dianjurkan oeh Unit Pengurusan Penyelidikan, Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi (RMU, BIPST), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP).

Persidangan ini turut dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri (Ekonomi) dan YB Dato' Seri Dr Adham Baba, Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut berkesempatan melawat reruai dan inovasi UPM yang dipamerkan sepanjang pameran berlangsung.

Putra Science Park UPM telah mengetengahkan 5 produk inovasi yang telah dikomersilkan iaitu A Retractable Drying and Planting Rack for AgroPhotovoltaics Farm oleh Ir. Dr Mohammad Effendy Ya’acob daripada Fakulti Kejuruteraan, FS Feed - Life Food Replacement In Aquaculture Industry, VERSMAP - Teknologi Tanaman Bertingkat Bagi Meningkatkan Pengeluaran Azolla Pinnata Sebagai Sumber Makanan Haiwan, Nanocellulose from oil palm biomass termasuk STVac7 Vaccine- Mannhemia Haemolytica Bacterial Polypeptides and Sequences, Gene Sequences, vaksin yang telah dikomersilkan oleh syarikat BAV Sdn Bhd

Objektif pameran ini adalah bagi menggalakkan diskusi dan perdebatan produktif berkaitan pengkomersialan dan inovasi dengan memberi tumpuan khusus kepada inisiatif pelaburan, pelebaran jaringan dan perhubungan serta menyediakan ruang untuk percambahan cetusan idea baharu ke arah merancakkan aktiviti pembangunan, penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I).

Pameran ini juga menjadi platform bagi menyediakan ruang dan peluang bagi menggalakkan kerjasama pelbagai pihak melalui perkongsian maklumat, pengalaman, polisi dan amalan terbaik dalam kalangan agensi kerajaan, masyarakat umum, sektor swasta, syarikat pemula, usahawan teknologi, komuniti saintifik dan pereka cipta termasuk di peringkat akar umbi dan B40.

Usaha ini diharap dapat memperkukuh ekosistem bagi menggalakkan pelaburan dalam bidang R&D&C&I yang berimpak tinggi

dibaca
216
ARTIKEL
ENGLISH THEATRE PROJECT
A visit to an orphanage home in Dengkil, Selangor.
Stage Manager English Theatre
Program Director for Mahasiswa Prihatin
Selangor International Business Summit 2021
BLOG