A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK AISHAH BINTI HISAMUDDIN
PEGAWAI EKSEKUTIF 4
JABATAN CANSELERI
aishah
BM
EN

UPM Raih 4 Emas dan 1 Anugerah Khas MTE 2022

- 07 Mar 2023
Oleh: Aishah Hisamuddin

SERDANG, 25 MAC- Sekumpulan penyelidik sekali lagi mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM dengan meraih kecemerlangan merangkul 4 pingat emas dan Anugerah Inovasi Cemerlang bagi kategori International Innovation Awards 2022 pada Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2022 yang telah berlangsung secara maya dari 21 hingga 25 Mac 2022.

Pencapaian ini menandakan rekod terbaru UPM dengan memenangi Anugerah Inovasi Cemerlang, menjadikan kesemua sepuluh penyertaan yang dipertandingkan menerima anugerah dengan merangkul empat pingat emas,empat pingat perak dan dua pingat gangsa.

Penerima pingat emas yang tersenarai adalah Soil and Crop Enhancer oleh Prof. Dr. Ahmed Osumanu Haruna dari Fakulti Pertanian dan Sains Perhutanan, Kampus Bintulu UPM, BioEsst Nanoemulsion Skin Serum with Oleate oleh ChM. Dr. Siti Efliza Ashari, MyNutriKidney oleh Prof. Madya Dr. Zulfitri' Azuan Mat Daud, Putra Pro-Cut dan Putra Pro Fast Snap Innovative Apparatus for Marcotting Technique oleh Md Rozaidi bin Md Yusof dari Pusat Pertanian Putra.

Soil and Crop Enhancer ciptaan Prof. Dr. Ahmed Osumanu Haruna meraih kejayaan berganda dengan memenangi emas serta Anugerah Inovasi Cemerlang telah mendapat perhatian para juri melalui manfaat dan pelbagai kelebihan dari inovasi seperti meremajakan produktiviti tanah dan tanaman, menggalakkan pertumbuhan hasil, mengurangkan penggunaan baja, kos buruh, dan masa penuaian yang lebih singkat.

Di samping itu, inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti bijirin dan kualiti tanah selain menyumbang kepada pengurangan pencemaran alam sekitar. Melalui inovasi ini juga, petani dapat mengoptimumkan input ladang mereka dengan kos yang jauh lebih rendah.

MTE adalah pameran teknologi berprestij yang diadakan setiap tahun. Ia dianjurkan oleh Professional Trade Exhibitions and Meeting Planners dengan kerjasama daripada beberapa rakan industri.

MTE 2022 menyediakan platform dan industri pasaran untuk mempamerkan inovasi terkini dan teknologi berskala tinggi yang direka untuk memacu perniagaan ke hadapan.

Penganjuran MTE 2022 tahun ini masih di dalam pandemik Covid-19 dengan bertemakan “Embracing the New Norm and Moving to New Frontiers”. Ia adalah tahun kedua penganjurannya secara maya sempena meraikan ulang tahun penganjurannya kali ke 21.

MTE 2022 adalah ke arah meraikan inovasi dan mengiktiraf pencapaian cemerlang para penyelidik telah menerima penyertaan lebih dari 300 inovasi dari 18 negara termasuk Thailand dan Kanada.

Kejayaan yang diraih oleh UPM pada kali ini membuktikan bahawa produk penyelidikan UPM berjaya mencuri tumpuan di peringkat global dan mengukuhkan lagi kedudukan UPM sebagai universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia.

Menerusi penyertaan ini, UPM mempamerkan inovasi dan teknologi dalam bidang pertanian, kejuruteraan, tropika dan perhutanan, serta bahasa dan komunikasi moden.

Tahniah diucapkan kepada para penyelidik yang telah bertungkus lumus dan komited dalam menghasilkan inovasi bertaraf tinggi dan berjaya mengharumkan nama UPM di persada antarabangsa.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari menzahirkan ucapan tahniah kepada semua peserta. Beliau berharap anugerah dan pengiktirafan yang diterima ini terus menjadi pembakar semangat kepada para penyelidik UPM dan terus meningkatkan usaha pembangunan teknologi dan inovasi yang lebih cemerlang bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh industri, rakyat dan negara.




dibaca
123
ARTIKEL
ENGLISH THEATRE PROJECT
A visit to an orphanage home in Dengkil, Selangor.
Stage Manager English Theatre
Program Director for Mahasiswa Prihatin
Selangor International Business Summit 2021
BLOG