A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK AISHAH BINTI HISAMUDDIN
PEGAWAI EKSEKUTIF 4
JABATAN CANSELERI
aishah
BM
EN

KIK Langit Putra Sertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022

- 07 Mar 2023
Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin

SEPANG, 22 Ogos- KIK Langit Putra telah mengambil bahagian di pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor anjuran Negeri Selangor pada 22 Ogos 2022 yang berlangsugn di Dewan Orang Ramai Bandar Baru Salak Tinggi.
Dengan tema yang memfokuskan kepada Inovasi, pameran dan persidangan sehari ini bertujuan menghimpunkan para profesional yang bersemangat dari pelbagai bidang di Selangor untuk mempamerkan ciptaan terbaru mereka kepada industri dan orang ramai.



Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) bertujuan memberi peluang kepada semua penduduk Negeri Selangor yang meliputi individu, penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam cetusan idea baharu yang kreatif dan inovatif ke arah budaya inovasi di Negeri Selangor.



Skyridder





Kumpulan KIK Langit Putra terdiri daripada sekumpulan staf bukan akademik dari Pejabat TNCPI dan PSP seramai 5 ahli yang diketuai oleh En Asrizam.
Pada pertandingan kali ini, Langit Putra telah mempertanding serta mempamerkan inovasi Skyridder berdasarkan dua versi prototaip produk kepada juri dan pelawat yang hadir

Skyridder adalah alat yang digunakan untuk mengatasi kesukaran mengeluarkan wayar lama pada tiang lampu. Ciptaan ini dibangunkan khas dengan tujuan untuk mempromosikan cara yang lebih baik untuk mengeluarkan serpihan kayu dan dawai besi yang telah karat pada tiang lampu selepas iklan banting diturunkan.



Dawai besi yang dibiarkan berkarat bersama kepingan bunting sampah yang ditinggalkan di tiang lampu akan menyukarkan pemasangan penyangkut baharu dan juga mencemarkan pemandangan alam sekitar sekaligus menjejaskan imej kebersihan.



Menurut Asrizam, inovasi skyridder memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan. Ciri-ciri skyridder direka untuk memastikan keselamatan pekerja semasa proses pelupusan wayar berjalan lancar, mudah dan cepat.



Skyridder telah dianugerahkan dengan pelbagai pencapaian termasuk Pingat Emas, Malaysia Invention & Innovation Expo (MIIX) 2022 International, Anugerah Emas bagi Regional Convention on Team Excellence (RISTEX) 2020, Tempat Pertama dan Anugerah Emas untuk Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2018, Tempat Pertama dan Anugerah Emas bagi Anugerah Kumpulan Inovatif dan UPM Kreatif, 2017.

dibaca
174
ARTIKEL
ENGLISH THEATRE PROJECT
A visit to an orphanage home in Dengkil, Selangor.
Stage Manager English Theatre
Program Director for Mahasiswa Prihatin
Selangor International Business Summit 2021
BLOG