A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK AISHAH BINTI HISAMUDDIN
PEGAWAI EKSEKUTIF 4
JABATAN CANSELERI
aishah
BM
EN

UPM Terima ‘Clarivate South and Southeast Asia Innovation Awards

- 07 Mar 2023
SERDANG, 7 Dis – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima anugerah berprestij ‘Clarivate South and Southeast Asia Innovation Awards 2021’ kategori Institusi Akademik, penerima tunggal dari Malaysia untuk kategori berkenaan.

Selain UPM, universiti yang turut menerima anugerah bagi kategori itu termasuk Cebu Technological University dari Filipina dan National University of Singapore, Singapura

Pengumuman penerima anugerah itu dibuat pada Forum Inovasi yang diadakan secara maya, 21 September lalu. ‘Clarivate South and Southeast Asia Innovation Awards’ merupakan pengiktirafan kepada perusahaan komersial, organisasi penyelidikan, dan institusi akademik yang cemerlang di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Sebanyak 27 organisasi menerima anugerah bagi lima kategori. Penerima anugerah diumumkan pada Forum Inovasi itu yang diadakan secara maya dan disertai 600 peneraju serta ketua industri daripada organisasi akademik, kerajaan dan sektor industri swasta.



Forum itu menekankan kepada ‘Memacu Inovasi Mampan: Lebih Kritikal’ dan dianjurkan oleh Clarivate, peneraju global dalam penyaluran maklumat dan pandangan untuk mempercepatkan tahap inovasi.

Pengarah Putra Science Park UPM, Prof. Dato’ Mohd. Hair Bejo melahirkan penghargaan atas penganugerahan itu yang mengetengahkan pencapaian UPM untuk memupuk dan membangunkan penyelidikan berimpak tinggi dan berdaya saing di pasaran.

“UPM amat komited untuk menjadi inovator terbaik di rantau ini dan berterusan membina penyelidikan berimpak tinggi, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat global,” katanya.

Kriteria bagi penerima anugerah itu adalah berdasarkan kepada bilangan analisis jumlah paten, jumlah petikan (citation), kejayaan paten dan tahap globalisasi penggunaan paten itu, dengan berdasarkan data Derwent World Patents Index (DWPI) dan Derwent Patent Citations Index (DPCI).

Penerima lain Anugerah Inovasi itu dari Malaysia ialah Malaysia Palm Oil Berhad (MPOB) bagi kategori Organisasi Penyelidikan Kerajaan dan Top Glove Corporation Berhad bagi kategori perusahaan komersial

dibaca
203
ARTIKEL
ENGLISH THEATRE PROJECT
A visit to an orphanage home in Dengkil, Selangor.
Stage Manager English Theatre
Program Director for Mahasiswa Prihatin
Selangor International Business Summit 2021
BLOG