SELAMAT DATANG
Selamat datang ke laman web Dr.Nor Wahiza binti Abdul Wahat. Laman web ini memuatkan pelbagai aktiviti dan artikel kajian berkaitan proses transisi di dalam pembangunan kerjaya dan kepimpinan.
Kajian terkini adalah berkenaan niat persaraan, sikap terhadap risiko, perspektif masa hadapan, keagamaan, kesejahteraan rohani, perancangan persaraan dan kesejahteraan bakal pesara di Australia dan Malaysia.
Perancangan persaraan adalah amat penting untuk memastikan keyakinan diri dan juga kehidupan yang selesa bagi bakal pesara kelak. Penglibatan mereka yang bakal bersara di dalam kajian ini akan membolehkan mereka untuk melakukan refleksi tentang sejauh manakah mereka telah bersedia untuk bersara.
Mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan melibatkan diri di dalam kajian ini akan menerima laporan profail risiko mereka.