PUAN NURUL HUDA BINTI YAHYA
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
nurul@upm.edu.my
≪ KEMBALI

Resipi Kek Batik

- 15 Dec 2022
Di sini saya kongsikan cara-cara mudah untuk membuat kek batik.. Jangan pening2.. senang jea yea.. kalau tak faham nanti bgtau.. sy lukis 😄. Kalau malas nak buat pun takper.. tengok dan tidurlah.. maner tau mimpi makan kek batik 😂. Tapi kalau teringin nk makan kek batik saya.. kene by request ya.. saya tak open order.. hanya untuk yang appreciate sahaja.. kerana air tangan saya MAHAL harganya..

Ok bahan-bahan utama yang perlu :
1. Milo (peket kecik)
2. Butter
3. Biskut Marie
4. Susu pekat


Cara-cara membuatnya :
1. Cairkan butter menggunakan api perlahan
2. Masukkan milo dan kacau sebati
3. Masukkan susu pekat ikut suka tahap kemanisan.
4. Masukkan biskut marie yang telah dipecah2
5. Gaul biskut hingga rata
6. Masukkan ke dalam bekas dan mampatkan
7. Simpan kek batik semalaman di dalam peti.

Bahan-Bahan Kek Batik
Pecahkan biskut marie
Cairkan butter
Cairkan milo
Kacau milo dan letak susu pekat
Masukkan biskut marie
Gaul biskut hingga rata
Letak dalam bekas dan mampatkan
dibaca
955