A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN NURUL HUDA BINTI YAHYA
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
nurul
BM
EN

Persian Flat Face

- 07 Apr 2021
Baka kucing ini adalah salah satu baka yang sangat popular. Dikenali dengan bulu panjang dan kembang yang boleh tumbuh sehingga 3 inci. Ciri-ciri kucing ini sangat unik kerana kucing ini suka memanjakan diri dengan pemiliknya.

Di samping itu, kucing jenis ini dianggarkan bernilai ribuan ringgit bergantung kepada kualiti dan baka yang tertentu seperti FLAT FACE dan juga SEMI FLAT FACE.

Kucing baka Parsi yang mempunyai sijil kelahiran dan sijil baka yang berdaftar dari CFA adalah lebih mahal kerana ia dijamin kualiti datang dari jenis baka yang berkualiti dan baik.

PERSONALITI

Biarpun saiznya agak besar, tetapi ketangkasannya sukar diduga! Kucing Parsi sangat gemarkan sesi menyikat bulunya.
Ia juga mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Suara mereka sangat perlahan selain perwatakannya yang menyenangkan. Secara umumnya mereka adalah kucing yang pendiam, tenang dan selamba. Kucing Parsi juga gemar bermain dengan cara mereka sendiri.


KELEBIHAN KUCING PARSI

MANJA

kebanyakan kucing memang manja kepada pemilik kucing, apalagi kalau anak kucing persian sangat suka di peluk atau di pegang (belai)

.
BULU LEBAT DAN PANJANG
Kucing ini mempunyai bulu yang panjang dan mengembang hampir serupa dengan Sulak atau kemoceng tetapi ada bangsa kucing tertentu atau campuran yang tidak seperti itu.

.
SUKA BERMAIN
Kucing persian ini sangat aktif dan suka bermain dengan siapa saja. Oleh kerana itu sebagai pemilik kucing harus lebih sering bermain dengan kucing peliharaannya agar si kucing merasa senang dan bersahabat.

.
FLEKSIBEL
Kucing ini juga mudah bergaul dengan siapa saja baik itu orang baru atau haiwan atau jenis kucing lain, tetapi ingat proses perkenalan juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan hal yang baru. Tidak memakan masa yang lama.

.
KEKURANGAN KUCING PARSI

.
PERLUKAN LEBIH PERHATIAN
Kita sebagai pemilik kucing juga perlu tambahan dalam memperhatikan binatang kesayangan kita. Apalagi dengan bulunya, kamu harus sering menyikat bulunya agar tidak ada bulu yang menggumpal hingga kusut, paling tidak dalam penyisiran atau penyikatan bulunya kira-kira 2 hari sekali.
.

HAIRBALL
Kerana bulu yang tersikat tidak hanya merapikan bulunya atau menghilangkan kusut pada bulu, tetapi juga akan meninggalkan sisa-sisa bulu gugur yang memang tidak ikut tersangkut dengan sikat kucing, maka dari itu kita juga harus memastikan bulunya agar tidak ada bulu gugur yang tinggal di badan kucing untuk mengelakkan hairball atau muntah bulu kucing ketika sedang mandi atau menjilat tubuhnya.

.
BULU MUDAH GUGUR
Ingat bahawa situasi cuaca persekitaran kucing juga akan memberi kesan kepada bulu kucing. Pergantian bulu juga akan membuat bulu kucing lemah sehingga mudah gugur. Oleh kerana itu kamu harus memberikan vitamin atau makanan yang mengandungi minyak ikan salmon atau multivitamin lain agar kucing kamu terhindar dari keguguran.


GAMBAR PERSIAN FLAT FACE SEPERTI PERKONGSIAN BERIKUT :

Alana
Alana
Miko
Miko
Niniey
Niniey
Miko
Alana
dibaca
5131
IMEJ RAWAK
sustaf badminton 2020
sustaf badminton 2020
ARTIKEL
Bowling Inter_SPE 2024
MGP UPM 2024
Makanan untuk anak kucing
Taklimat UPMID untuk Pelajar Baharu UPM
Tanda-Tanda Kucing Nak Melahirkan Anak
Manfaat Strawberry untuk Diet
GM Diet
Menu Sarapan untuk Mengurangkan Lemak
Makanan Sedap2 ✅
JAMUAN RAYA iDEC
Tiada tajuk
Pengambilan Jubah Konvokesyen
Langkah-langkah Authorize Apps UPM untuk Platform iOS
Authorize Apps UPM via iPad
ANUGERAH HKIP 2019
Tutorial Upload Video SPEL2
Tutorial Profile UPM - Menu Galeri
Tutorial Profile UPM - Menu Artikel dan Blog
Tutorial Profile UPM - Menu Sukan dan Hobi
Tutorial Profile UPM - Menu Pengenalan
Cara-cara "Authorize" Apps UPM untuk Platform iOS
BLOG