PROFESIONAL
LUDINATA merupakan graduan ijazah undang-undang dari Fukushima University, Jepun. Beliau memulakan kerjaya Pegawai Tadbir di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2002. Sepanjang lebih 23 tahun bekerja di UPM, beliau telah mengumpul pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran di universiti, terutamanya dalam bidang Komunikasi Korporat, Pembangunan Keusahawan dan Kerjaya dan tadbir urus universiti. Sehingga kini, beliau telah berkhidmat di sembilan (9) Pusat Tanggungjawab (PTj) yang berbeza di UPM
iaitu:
• Bahagian Komunikasi Korporat (2002 – 2003)
• Fakulti Kejuruteraan (2003 – 2004)
• Bahagian Hal Ehwal Pelajar (2004 – 2006)
• Fakulti Pengajian Pendidikan (2006 – 2007)
• Pejabat Timbalan Naib Canselor (JINM) (2009 – 2010) – Pegawai Khas TNC (JINM)
• Bahagian Akademik & Antarabangsa (2013)
• Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (2013 – 2014) – Ketua Bahagian
• Fakulti Perubatan Veterinar & Hospital Pengajar Veterinar (2014 – 2020)
• Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (2020
– kini) – Timbalan Pengarah
Ludinata yang suka dengan cabaran, pernah dipinjam-tugas sebagai Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Penuntut Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, sebelum ditugaskan sebagai Diplomat/ Atase Pendidikan di Bahagian Pendidikan (Education Malaysia), Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia dari tahun 2010 hingga 2013.
Selesai tugasnya di Jakarta, beliau memainkan peranan penting di UPM sebagai Ketua Bahagian, Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (MARCOMM) UPM. Di MARCOMM beliau menguruskan hal ehwal perhubungan awam universiti dan menguruskan pelbagai acara berprestij yang dihadiri oleh pelbagai individu
kenamaan.
Minat beliau dalam protokol dan etiket sosial mendorongnya untuk melanjutkan pengajian dalam Diploma Kemahiran Malaysia dalam Perundingan Imej di Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Dengan pengalaman, kemahiran, dan pentauliahan yang diperoleh, beliau diiktiraf sebagai Perunding Imej Bertauliah yang mahir dalam pengendalian program latihan, protokol, etiket sosial, pengucapan awam, pengurusan majlis rasmi, perhubungan awam, khidmat pelanggan, dan pemasaran media sosial.
Kini, Ludinata sering diundang untuk mengendalikan perkhidmatan konsultasi, program latihan dan bertindak sebagai pakar rujuk dalam protokol, etiket, dan keterampilan untuk penjawat awam di UPM serta pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar adjung di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kementerian Luar Negeri, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), dan Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN). Selain itu, beliau merupakan Penasihat Industri untuk Program Diploma Kesetiausahaan di Politeknik Mukah Sarawak sejak 2018 sehingga kini.
Beliau juga pernah berkongsi topik mengenai penampilan lelaki menerusi siaran di Radio Nasional FM dan merupakan penulis buku laris '77 Inspirasi Gaya Penjawat Awam'.
Ludinata baharu sahaja memenangi anugerah antarabangsa – The Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEUU) Global Entrepreneurship Educator of The Year 2025 dan Pertandingan Geran Projek Program Changemaker Leadership Programme for Senior Administrators (CLaPSA) Kohort 2 anjuran AKEPT KPT.
NAMA :
(Encik) LUDINATA BIN MISNUN
JAWATAN PENTADBIRAN :
TIMBALAN PENGARAH
JAWATAN HAKIKI :
PEGAWAI TADBIR
ENTITI :
PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
LATARBELAKANG PENDIDIKAN
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (PERUNDINGAN IMEJ), JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
BACHELOR OF LAW (FUKUSHIMA, JAPAN)