HOBI & MINAT
Di luar dunia akademik, saya mempunyai pelbagai minat yang memperkaya kehidupan saya. Sukan bola jaring adalah satu daripada hobi utama saya yang saya ceburi sejak berumur 10 tahun. Saya telah mewakili pelbagai peringkat kejohanan, termasuk kejohanan sekolah, negeri, dan negara. Bola jaring bukan sahaja menguji kekuatan fizikal saya, tetapi juga membantu membina semangat kerja berpasukan dan kepimpinan.
Selain itu, saya juga aktif dalam bermain piano yang memberi saya peluang untuk mengasah kreativiti dan melibatkan diri dalam aktiviti seni. Muzik memberi ketenangan dan inspirasi dalam kerja saya, dan saya percaya seni adalah elemen penting dalam pembangunan holistik.
Saya juga komited dalam public engagement, aktif berinteraksi dengan komuniti dan pihak berkuasa untuk mempromosikan perancangan bandar yang lebih inklusif dan mampan, serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan landskap bandar yang sihat dan mesra alam