A
PROFILE
UPM's Staff Profile
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019

- 22 Jan 2021
UPM berjaya merangkul 3 pingat Emas dan 5 pingat perak berserta 1 anugerah khas di pameran dan pertandingan R&D sempena 30th International Invention & Innovation Exhibition 2019 (ITEX 2019) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 hingga 4 Mei 2019.

UPM telah menghantar 8 penyertaan pada pameran ITEX kali ini yang turut disertai oleh universiti, agensi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, syarikat dan sekolah di dalam dan luar negara. Majlis perasmian ITEX 2019 juga telah disempurnakan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim Dan Alam Sekitar (MESTECC).

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Prof. Dr. Nor Azah Binti Yusof (ITMA) dan Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman (Fakulti Sains), kerana telah memenangi pingat Emas. Selain itu, Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee daripada Fakulti Sains telah menerima Anugerah Khas iaitu HomeDec Award - Best Invention Household Product Category hasil daripada inovasi External Water Filter with Dual-Functional Photoelectrochemical Sensor-Adsorbent of Copper(II) Ions.

Menurut Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee, External Water Filter with Dual-Functional Photoelectrochemical Sensor-Adsorbent of Copper(II) Ions atau Smart Beads adalah teknologi penapis air pertama yang mampu mengesan dan memberi kadar bacaan pencemaran kuprum di dalam air paip kepada pengguna. Ini adalah antara ciri utama yang menjadikan teknologi ini unik sekaligus mendapat pengiktirafan khas daripada pihak HomeDec.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penyelidik UPM yang telah dianugerahkan pingat masing-masing pada Malam Budaya Cipta, ITEX 2019 yang telah disampaikan oleh Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hock, Presiden Malaysian Invention and Design Society (MINDS).

Disediakan oleh: Nor Azizah Ismail
read by
689
RANDOM IMAGE
LATEST ARTICLE
UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019
UPM CEMERLANG RANGKUL 11 EMAS DAN 9 PERAK DI PECIPTA 2019
Inovasi Pensyarah UPM Hasilkan Penapis Air Dwi-Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air
LATEST BLOG