A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN HAFLIZA BINTI HUSSIN
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
hafliza_upm
BM
EN

PSP & Pejabat SUK Selangor Anjur Seminar Pengurusan Harta Intelek Dan Pengkomersialan

- 15 Jan 2020
SHAH ALAM, 2 Okt 2019 - PSP dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)Selangor buat julung kalinya menganjurkan Seminar Pengurusan Harta Intelek Dan Pengkomersialan bersempena dengan penganjuran program Expo Research, Development and Innovation (R,D&I) Negeri Selangor Tahun 2019 pada 10 hingga 13 Oktober 2019, di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur

Penganjuran seminar ini adalah dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran, penerimaan dan pemahaman terhadap kepentingan pengurusan harta intelek dan pengkomersialan. PSP UPM selaku universiti peneraju pemindahan teknologi dan pengurusan terbaik harta intelek di Selangor akan berkongsi pengalaman di dalam pengurusan harta intelek dan pengkomersilan dengan semua peserta yang hadir.

Seminar selama satu hari ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap pengurusan ekosistem Research, Development and Commercialization (R,D&C) sama ada di institusi pendidikan dan syarikat-syarikat korporat.

Menurut Hafliza Husin, Pegawai Eksekutif PSP selaku penyelaras seminar ini turut memaklumkan seminar ini akan turut memberikan kefahaman tentang proses dan kepentingan pengurusan perlindungan harta intelek kepada pembangunan sesebuah produk atau perkhidmatan selain memberikan pendedahan kepada peserta tentang model atau teori berkaitan pengkomersialan Harta Intelek.

“Kita mensasarkan untuk memberikan peluang kepada peserta untuk membincangkan proses pemfailan harta intelek di peringkat antarabangsa dan juga memberikan pendedahan kepada peserta mengenai amalan terbaik pengurusan Harta Intelek di Institusi Pendidikan”, katanya.

Seminar ini akan turut menjadi platform untuk perkongsian pengalaman dan kepakaran bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan harta intelek dan pegkomersialan.

Seminar akan dibarisi oleh penceramah dan panel jemputan daripada akademia dan industri yang terbuka kepada semua peserta mahupun pempamer sempena program ini.

Expo Research, Development and Innovation (R,D&I) Negeri Selangor Tahun 2019 merupakan kali pertama penganjurannya oleh Pejabat SUK Selangor. Pelbagai program menarik dan aktiviti utama yang turut diadakan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2019, Selangor International, Selangor ASEAN Business Conference dan Selangor Smart City Convention.

dibaca
1033
ARTIKEL
UPM Terima Anugerah Persembahan Terbaik KIK Universiti Awam 2019
PSP Cemerlang Rangkul 2 Anugerah HKIP UPM 2019
PSP & Pejabat SUK Selangor Anjur Seminar Pengurusan Harta Intelek Dan Pengkomersialan
PSP Wakili Malaysia di WIPO-CNIPA Training Course Di Shenzhen