PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN HAFLIZA BINTI HUSSIN
PEGAWAI EKSEKUTIF 3
hafliza_upm
BM
EN

PSP Cemerlang Rangkul 2 Anugerah HKIP UPM 2019

- 15 Jan 2020
SERDANG, 27 Nov 19 - PSP cemerlang merangkul Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik (perkhidmatan) dan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP 2019) UPM.

Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP 2019) UPM

merupakan sebahagian daripada aktiviti peningkatan inovasi yang menyumbang kepada pencapaian matlamat ke-5 dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020 iaitu Mempertingkatkan Kualiti Tadbir Urus. Ia juga sebagai menyahut seruan kerajaan bahawa agenda transformasi Negara hendaklah berpaksikan inovasi dan kreativiti.

Tahniah PSP di atas kejayaan memenangi Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik (perkhidmatan) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP 2019) UPM
yang merangkumi 17 kriteria pengursan web yang perlu dipenuhi yang selia oleh Asrizam Esam selaku webmaster dan staf di Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi dan juga Bahagian Pentadbiran PSP di atas kesungguhan mengemaskini web PSP sepanjang tahun 2019.

Tahniah juga kepada pasukan KIK Langit Putra -PSP& Pej TNCPI di atas kejayaan memenangi Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2019 dan piala pusingan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP 2019) UPM dengan inovasi Skyridder yang menyelesaikan masalah Kesukaran membuang dawai lama dan karat pada tiang lampu.

Projek ini juga telah memenangi penarafan Emas dan Persembahan Terabik di KIK Universiti Awam 2019 yang lalu, di samping beberapa hebahan di media massa dan juga dapat membantu masyarakat menyelesaikan isu yang sama.

Pada majlis yang sama Langit Putra turut menyerahkan inovasi Skyridder ini kepada pihak COSCOMM dan BHEP UPM supaya dapat dimanfaatkan di sekitar kampus UPM di saksikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM.

Ahli kumpulan Langit Putra yang terdiri daripada Asrizam Esam (Ketua), Norliyana Kamarudin, Hafliza Hussin, Norazlin Monir, Mohd Mas’ataillah Ismail, dan Mohammad Hisham Omar daripada PSP serta Mohd Izzat Nor Adzmi dan Shahriman Hashim, dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM yang juga fasilitator kumpulan ini.

http://media.upm.edu.my/ebook/hkip2019/

Penyampaian Anugerah KIK sempe
Ahli kumpulan Langit Putra
Latawan VIP ke booth pameran
ARTIKEL
UPM Terima Anugerah Persembahan Terbaik KIK Universiti Awam 2019
PSP Cemerlang Rangkul 2 Anugerah HKIP UPM 2019
PSP & Pejabat SUK Selangor Anjur Seminar Pengurusan Harta Intelek Dan Pengkomersialan
PSP Wakili Malaysia di WIPO-CNIPA Training Course Di Shenzhen
1843
paparan
sejak 22 Ogos'19