Merupakan pensyarah kanan dalam sistem agrosilvopastoral yang tertumpu kepada penyelidikan dan pengajaran sains pastura dan integrasi tanaman ternakan. Penyelidikan utama adalah dalam bidang integrasi ternakan (ruminan), pengurusan ragut dan pengeluaran pastura. Kebanyakan penyelidikan saya mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah praktikal. Berkerja-sama dengan petani dan industri profesional seperti Malaysia Palm Oil Berhad. Penyelidikan saya menunjukkan bagaimana integrasi ternakan boleh diguna pakai untuk meminimumkan penggunaan racun kimia yang merbahaya kepada alam sekitar terutamanya biodiversiti. Saya menggabungkan kepakaran penyelidikan saya ke dalam kuliah seperti pertanian haiwan, sains pastura, statistik sains haiwan dan eksperimen dalam kursus sarjana muda.