A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PROF. MADYA TS. DR. FATIMAH BINTI SIDI
PROFESOR MADYA
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
fatimah
BM
EN

SELAMAT DATANG



Jawatan Terkini::
Pensyarah Kanan {03/11/2008 - sekarang},
Jabatan Sains Komputer
Fakulti Sains Komputer & Teknology Maklumat
Universiti Putra Malaysia
+603 89471734 (Office)
http://www.fsktm.upm.edu.my

Penyelidikan::
Gudang Data; Pangkalan Data; Data Kualiti & Integriti; Sistem Pengurusan Maklumat; Sistem Pengurusan Pengetahuan;

Pengajaran::
1. Pembangunan Aplikasi Pangkalan Data
{Synopsis: Kursus ini meliputi pembangunan aplikasi menggunakan teknologi pangkalan data hubungan. Setiap langkah dalam pembangunan yang terdiri daripada reka bentuk, pertanyaan, aplikasi dan pentadbiran akan dikaji. Kerja amali akan diberikan.};

2. Pengaturcaraan Komputer I
{Synopsis: Kursus ini bermula dengan organisasi komputer sebagai pengenalan, kemudian diikuti oleh konsep penyelesaian masalah, bahasa pengaturcaraan dan pengaturcaraan. Penekanan utama ialah dalam teknik penyelesaian masalah, membina algorithma, carta aliran dan konsep penyelesaian masalah melalui kaedah penghalusan langkah demi langkah. Dalam pengaturcaraan, konsep terperinci berkenaan perwakilan data, data pemalar dan pemboleh ubah akan diterangkan. Penekanan juga diberikan dalam menggunakan arahan pengaturcaraan seperti ungkapan aritmetik, dan pernyataan umpukkan, arahan bersyarat dan berulang. Data tatasusunan dan rekod diterangkan secara ringkas. Bahasa pengatucaraan Java akan digunakan dalam amali komputer.};


Pengalaman Lepas::
20 tahun {20/12/1988 - 02/11/2008}

Ketua,
Unit Pengurusan Dan Integrasi Data
Pusat Pembangunan Maklumat & Komunikasi (iDEC)
Universiti Putra Malaysia

Mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam Pembangunan Sistem dan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Enterprise. Terutama mentadbir urus pangkalan data IBM dan Oracle. Mengetuai Unit Pengurusan Dan Integrasi Data sejak penubuhan unit.

Bertanggungjawap merekabentuk, membangun, memasang dan melatih Aplikasi Integrasi Data untuk UPM. Selain daripada itu membangun pangakalan data Oracle sebagai penggunaan menyeluruh aplikasi utama UPM secara enterprise. Bertanggungjawap untuk initiative Data Integrity UPM dalam merancang, membangun dan menyelenggara pangkalan data utama UPM. Pangkalan data utama UPM ialah maklumat pelajar, maklumat kakitangan dan maklumat kewangan.


Ketua,
Unit Aplikasi Utama Universiti
Pusat Pembangunan Maklumat & Komunikasi (iDEC)
Universiti Putra Malaysia

Tanggungjawap merangkumi reka bentuk, pembangunan, instalasi dan latihan penggunaan sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman (in house development) dan pembangunan applikasi bergabung (joint application development).


IMEJ RAWAK
Pintu Masuk Future University
BLOG TERKINI
Ogos 2008
wiki