A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
YBHG. PROFESOR DATIN PADUKA DR. FATIMAH BINTI MOHAMED ARSHAD
FELO PERUNDING
INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN
fatima
BM
EN

SELAMAT DATANG



Fatimah Mohamed Arshad adalah felo penyelidik di Laboratori Kajian Polisi Pertanian dan Makanan, ITAFos, Universiti Putra Malaysia. Penumpuan kepakaran berkitar dalam disiplin ekonomi pertanian dan pemasaran, dan polisi pertanian. Penerbitan dan penyelidikan merangkumi tema seperti: struktur, gelagat dan prestasi, polisi pertanian, analisis dan ramalan harga komoditi, sekuriti makanan, koperasi, rantaian bekalan dan analisis industri.

Telah melaksanakan beberapa pendekatan kuantitatif/permodelan untuk menganalisis polisi pertanian. Antaranya, penggunaan model "vintage" dalam meramal pengeluaran kelapa sawit, model ekonometrik untuk sektor pertanian, "system dynamics" untuk melaksanakan simulasi polisi ke atas komoditi koko, getah, kelapa sawit dan juga padi/beras. Fatimah aktif menulis dalam media masa untuk berkongsi pandangan dan perspektif, juga buku, artikel ilmiah dan pelbagai laporan polisi untuk agensi tempatan dan antarabangsa.

Beliau percaya kepada keperkasaan pekebun atau petani kecil dalam sektor pertanian di masa muka kerana sumbangan mereka kepada sekuriti makanan, pemuliharaan alami dan sumber asli, kesetaraan dan pertumbuhan.

Maklumat lanjut:
https://sites.google.com/upm.edu.my/fatimahma
23 Julai 2023