A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
DR. FARAHDILAH BINTI GHAZALI
PENSYARAH KANAN
SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI
farahdilah
BM
EN

SELAMAT DATANG



Dr. Farahdilah Ghazali adalah seorang Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia. Beliau memegang ijazah Kedoktoran dalam Undang-Undang dari Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sebelum berkhidmat di UPM, Dr. Farahdilah pernah berkhidmat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tenaga Nasional Malaysia (UNITEN). Bidang penyelidikan beliau adalah Undang-Undang Sumber Asli dan Kelestarian, terutamanya berkaitan dengan tenaga boleh baharu. 

Selain itu, penyelidikan beliau juga meliputi undang-undang antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan dan pelaburan dalam sektor sumber asli.

Beliau pernah dilantik sebagai ahli teknikal untuk penggubalan Rang Undang-Undang Perlombongan Dasar Laut Malaysia pada tahun 2019. Beliau juga aktif dalam projek perundingan di peringkat Kementerian dan Agensi Kerajaan.



Sebagai seorang penyelidik dan ahli akademik, beliau telah menerbitkan banyak artikel dalam jurnal berwasit dan membentangkan kertas kerja di beberapa persidangan kebangsaan dan antarabangsa.