A
PROFILE
UPM's Staff Profile
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
OFFICE OF THE DEPUTY VICE CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION)
asrizam
BM
EN

Kesukaran membuang dawai lama dan serpihan bunting pada tiang lampu - APIC MPC

- 19 Sep 2022
Bunting menjadi pilihan pengiklanan program utama di UPM menyebabkan banyak dawai ditinggalkan. Kerja pemasangan gegantung /bunting baharu menjadi sukar disebabkan dawai lama dan serpihan bunting ditinggalkan pada tiang lampu disekitar UPM setelah tamat setiap program di jalankan.

Kaedah semasa menggunakan tangga yang sukar dan risiko terjatuh tangga sewaktu menurunkan bunting menyebabkan dawai ditinggalkan terbiar.
Dawai lama dan serpihan kayu turut mencemarkan pemandangan dan memberi imej negatif kepada pelancong.

Analisa Masalah
Penggunaan tangga yang berat dan setiap lokasi tiang lampu mempunyai pelbagai halangan seperti ruang sempit, pokok, longkang, pembahagi jalan
Terdapat juga alat khas yang diimport dengan kos yang tinggi dan mempunyai limitasi daripada capaian ketinggian.
Kurang kesedaran terhadap dawai yang ditinggalkan mencemarkan alam sekitar dan pemandangan

Cadangan Penyelesaian
1- Melaksanakan Program Bebas Dawai – kempen kesedaran kebersihan UPM membuang dawai lama sekitar kampus
2- Menghasilkan Inovasi Skyridder - alat pemotong dawai panjang menggunakan kaedah pemegang tunggal tanpa memerlukan tangga
3- Membangunkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan - Kaedah Selamat Buang Dawai Pada Tiang Lampu/Elektrik dapat

Impak & Penjimatan Kos (Impact & Cost Saving)
Meningkatkan tahap keselamatan sataf UPM dan Komuniti Setempat
Meningkatkan kesedaran kebersihan alam sekitar UPM, Komuniti, Sekolah-sekolah
Menepati dasar UPM terutama Dasar Keselamatan dan kesihatan pekerjaan UPM
Penjimatan kos masa, pekerja dan alat sebanyak RM 9,217.00 setahun
Berpotensi dikomersilkan bagi membantu 154 PBT & 8,100 komuniti mengatasi masalah dawai lama dan iklan haram seluruh negara




read by
502
RANDOM IMAGE
Kursus Program Lisensing - Taiwan
Asrizam Esam Skytider Utusan Malaysia eng
Best Presenter
LATEST ARTICLE
APIC 2020 : UPM Rangkul 4 Emas
Kesukaran membuang dawai lama dan serpihan bunting pada tiang lampu - APIC MPC
China IP Management and Commercialisation Achievement
LATEST BLOG