A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
asrizam@upm.edu.my
asrizam
BM
EN

Temubual di Selamat Pagi Malaysia - IDEAVAULT

- 27 Mar 2025
IDEAVAULT: Inovasi Idea Rakyat Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

PUTRA SCIENCE PARK UPM PROMOSIKAN IDEAVAULT DI SELAMAT PAGI MALAYSIA, RTM

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah tampil secara langsung di RTM menerusi program Selamat Pagi Malaysia bagi mempromosikan Ideavault, satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diselaraskan oleh PSP UPM bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). PSP diwakili oleh Pegawai Penyelidik, Inv. Asrizam Esam dalam sesi wawancara eksklusif di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Program siaran langsung di RTM ini menjadi platform penting dalam memperkenalkan Ideavault kepada seluruh rakyat Malaysia. Ideavault adalah sebuah platform inovasi yang bertujuan mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 idea kreatif daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, politeknik, kolej komuniti, golongan profesional serta orang awam. Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencetuskan penyelesaian inovatif terhadap cabaran harian yang dihadapi masyarakat.

Sebagai dorongan kepada penyertaan, RM34,000 ditawarkan sebagai hadiah keseluruhan kepada idea solusi terbaik dalam pelbagai kategori. Pemenang akan diumumkan dalam Festival Idea Putrajaya yang bakal diadakan pada tahun 2025.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta menyertai program ini melalui platform rasmi Ideavault di https://ideavault.mohe.gov.my.

Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Putra Science Park berbangga dapat menyokong IdeaVault, sebuah platform inovasi terbuka yang memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi idea kreatif dan inovatif!

πŸ’­ Ada idea yang boleh menyelesaikan masalah harian?
Sama ada anda seorang pelajar, profesional, petani, peladang atau orang awamβ€”IdeaVault menanti idea anda untuk direalisasikan menjadi inovasi sebenar!

πŸ“Œ Kategori penyertaan:
βœ… Teknologi & Inovasi
βœ… Ekonomi & Keusahawanan
βœ… Perubatan & Kesihatan
βœ… Gaya Hidup & Pendidikan

πŸ’° Ganjaran menarik!
πŸ† Johan setiap kategori: RM2,000
πŸ₯ˆ Naib Johan: RM1,000
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: RM500
πŸ“… Penyertaan dibuka sejak Januari 2025!
πŸ“ Hantarkan idea anda di: ideavault.mohe.gov.my
Jom jadi sebahagian daripada 100,000 idea yang bakal membentuk masa depan Malaysia! πŸš€βœ¨

#IdeaVault #InnovasiMalaysia #PutraSciencePark #UPM #FestivalIdeaPutrajaya

Saksikan temuramah bersama Inv. Asrizam Esam di Selamat Pagi Malaysia >>> https://www.youtube.com/watch?v=aJPEN4uXVBc...


Saksikan temubual Inv Asri di SPM RTM1
temubual Asrizam SPM RTM1
temubual Asrizam SPM RTM1 Pengacara
dibaca
467