A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
DR. NURUL AFIQAH BINTI ZULKIFLY
PENSYARAH KANAN
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
nurulafiqah
BM
EN

PROFESIONAL

Dr Nurul Afiqah Zulkifly telah menyertai Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai Pensyarah Kanan pada awal tahun 2022, sejurus selepas beliau menamatkan pengajian PhD pada 2021. Beliau kini berkhidmat di Jabatan Pemajuan Profesional & Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan. Dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia, pengkhususan dan minat penyelidikan semasa beliau melibatkan latihan dan pembangunan dan kepimpinan.

Beliau kini merupakan penyelidik bersama untuk Geran Inisiatif Siswazah Putra dan merupakan jawatankuasa Putra Future Classroom. Beliau juga merupakan jawatankuasa dalam projek kerjasama antarabangsa di antara UNESCO-ICHEI dan UPM dalam usaha membangunkan International Institute of Online Education Center di UPM dan Smart Classroom bagi memperkasakan pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar, pensyarah dan masyarakat.
NAMA :
(Dr.) Nurul Afiqah Binti Zulkifly
JAWATAN :
Pensyarah Kanan
ENTITI :
Fakulti Pengajian Pendidikan