A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
YBHG. PROFESOR DATUK DR. JAYUM ANAK JAWAN
KURSI
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
jayum
BM
EN

ARTIKEL & BLOG

JAYUM adalah penyandang pertama Kursi Penyelidikan Tan Sri Empiang Jabu (TSEJRC) mengenai Kajian Wanita Dayak, Universiti Putra Malaysia (UPM), dilantik pada 1 November 2019 untuk tempoh 3 tahun.
Beliau adalah mantan Dekan Pengasas, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan & Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak, dilantik untuk tempoh satu tahun mulai 1 Julai 2020. Beliau juga merupakan penyandang ke-15 Kursi Tun Abdul Razak di Center for International Studies and Profesor Pelawat Sains Politik di Department of Political Science, Ohio University, Athens, Ohio, USA (2015-2017).
Beliau mula menyertai dunia akademik di Universiti Putra Malaysia pada 1982. Selama berkecimpung dalam bidang ini selama lebih kurang 40 tahun, beliau telah menghasilkan tidak kurang 300 penerbitan meliputi daftar dalam ensiklopedia, buku, bab dalam buku, modul dan panduan pengajaran, artikel dalam jurnal, kertas persidangan dan laporan penyelidikan; berjaya menyelia 69 pelajar siswazah dari pelbagai negara; dan telah menjadi pemeriksa luar kepada tidak kurang 52 tesis dari pelbagai universiti.
Jayum telah memegang pelbagai lantikan sebagai panel penasihat dalam jabatan dan agensi kerajaan, termasuk dalam badan bukan kerajaan. Beliau juga telah dilantik ke pelbagai jawatan pelawat seperti di: University of Nottingham, Malaysia Campus (2012); Universiti Kebangsaan Malaysia (2010); Open University Malaysia (2011-2013); Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (1996/97); Northern University of Bangladesh (2010); University of Flinders, Australia (2008); Korea Foundation, Seoul (2007); dan University of Hull, UK (2004 & 2005).
Lantikan terkini yang diterima Jayum adalah seperti berikut: pakar rujuk oleh Myanmar School of Politics (MySop), Yangon, Myanmar (October-December 2020); ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Kementerian Perpaduan Nasional, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia (2020–2022); dan ahli Majlis Konsultatif Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Malaysia (2020–2022).
Beliau boleh dihubungi di jayum [at] upm.edu.my.