A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PROF. MADYA DR. MOHAMAD FAKRI ZAKY BIN JA'AFAR
PROFESOR MADYA
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
zakyjaafar
BM
EN

Jangan terlalu ghairah dengan rumah baharu siap dibina. Fahami bahaya V.O.C.

- 28 Sep 2022
sub-tajuk

Artikel ini adalah terbitan semula dari blog Pondok Hijau Lestari (mfzdesignhouse.weebly.com) dengan izin.
Rumah impian anda baharu saja siap, ataupun baharu sahaja diubah suai. Tentu anda dan keluarga sudah tidak sabar hendak masuk. Tetapi nanti dulu, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

Rumah baharu, atau baharu diubahsuai, tentunya mempunyai bau 'baru'. Bau cat baharu, bau karpet baru, bau kabinet dapur yang baru. sebenarnya bau-bauan ini adalah bau kimia yang dilepaskan oleh bahan2 yang baru di dalam rumah anda. Cat yang baru di sapu paling ketara. Kebanyakan bau ini adalah merbahaya kepada kesihatan. Bau yang tersebar dari bahan tersebut adalah sekumpulan kimia yang dikelaskan secara umum sebagai Volatile Organic Compound (VOC).

Apakah kimia yang terkandung dalam VOC ini dan apakah kesannya? Bagaimana caranya kita mengatasi masalah ini?

​Apakah V.O.C.?

VOC adalah merupakan bahan pelarut yang terbebas di udara apabila cat mula mengering. Salah satu VOC yang paling banyak di dalam pembinaan ialah formaldehyde. Selain dari itu terdapat benzene, tolouene, ethylbenzene, xylene, MTB dan banyak lagi.

Bahan2 kimia ini boleh didapati bukan dari cat sahaja, bahkan banyak bahan binaan dan barangan pengguna lain mengandungi VOC, seperti gam kayu, bahan resin dari papan campuran, pelekat karpet, gam untuk lapisan veneer, ubat gegat, simen PVC dan primer dan berbagai-bagai lagi.

VOC boleh menyebabkan simptom seperti pening, mual, mata gatal dan berair, kesukaran bernafas, sakit kerongkong dan lain lain. Bukan itu sahaja, terdapat bukti yang menunjukkan, terdedah kepada dos VOC yang tinggi dan untuk jangkamasa yang lama, boleh mempunyai kesan jangka panjang kepada manusia seperti keguguran, kecacatan janin, kanser, asma dan sebagainya.

Apakah cara mengurangkan risiko dari masalah ini?

Pertamanya, pilih bahan binaan yang mempunyai nilai VOC yang rendah. Biasanya produk yang seperti ini akan dilabel ‘Low V.O.C.’. Buat masa ini ia agak mahal berbanding produk biasa. Walaubagaimanapun harga produk ini semakin murah dan menyaingi harga produk biasa kerana semakin banyak permintaan untuknya. Ini adalah kerana semakin ramai pengguna yang sedar akan bahayanya produk yang mempunyai VOC yang tinggi.

Keduanya, pengudaraan. Tingkap ke ruang yang baharu dicat atau diubahsuai hendaklah sentiasa dibuka supaya udara luar boleh masuk dengan banyak. Elakkan berada di dalam sesebuah bilik sekiranya masih terdapat bau yang kuat. Sebaik2nya, sebuah bilik yang baharu dibina dan diubahsuai tidak diduduki dahulu, dan dibiarkan terdedah kepada udara luar sehingga bau tersebut hilang. Diwaktu siang bukakan bukaan tingkap dan pintu seluas2nya. Ini mungkin perlu dilakukan sehingga satu atau dua minggu. Namun begitu masih terdapat produk yang mengeluarkan VOC ini perlahan2 untuk jangkamasa yang lama.

Sekiranya anda mempunyai lebihan cat, atau gam yang tidak digunakan, pastikan ia ditutup dengan kedap dan diletakkan di dalam stor yang mempunyai pengudaraan yang baik.

dibaca
336
IMEJ RAWAK
Syarahan Greenspiration Series 01
BLOG