A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PROF. MADYA DR. MOHAMAD FAKRI ZAKY BIN JA'AFAR
KETUA JABATAN
JABATAN SENIBINA
zakyjaafar
BM
EN

Kembara Sungai Bebar

- 28 Sep 2022
Disalin dari blog penulis di https://zakyjaafar.blogspot.com/2016/09/catatan-log-ekspedisi-sungai-bebar-16.html
September 23, 2016
Catatan log Oleh Dr Mohamad Fakri Zaky bin Jaafar.
Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan senibina, zakyjaafar@upm.edu.my

Catatan ini merakamkan perjalanan ekspedisi penyelidik UPM menyusuri sungai Bebar bagi tujuan meninjau potensi produk eko pelancongan Sungai Bebar di atas Saranan YB ADUn Mukim Bebar. BEliau juga telah menaja bot untuk ekspedisi hari ke 2.
Seramai 4 orang pensyarah UPM yang di ketui oleh Dr Mohamad Fakri Zaky bin Jaafar telah melakukan tinjauan kesesuaian aktiviti eko pelancongan di sepanjang Sungai Bebar. Pensyarah UPM yang Terlibat ialah:


1. Dr Mohamad Fakri Zaky bin Jaafar, FRSB
2. Lar Nazri Saidon, Fakulti Rekabentuk dan Senibina
3. Dr. Syaizwan Zahmir Zulkifli, Fakulti Sains,
4. Dr Manohar Mariapan, Fakulti Perhutanan
15hb September 2016

Petang 15hb September Kami bermalam di Hotel Anjung yang terletak di Bandara Muazam. Malamnya kami telah pergi ke Balai Bomba Muadzam untuk meminjam jaket keselamatan namun oleh kerana pengurus balai tiada maka kami akan diberitahu pad paginya

Catatan dibuat berdasarkan minit perjalanan agar rujukan tentang jarak dan lokasi tempat dikenalpasti
Hari pertama 16hb September 2016 – Menghulu dari Jeti Runchang


Setelah bersarapan Kami telah pergi ke Balai Bomba dan mendapatkan 3 jaket keselamatan untuk dipinjam. Kira2 jam 8.30 kami bertolak dengan 2 kereta ke Agropolitan Runchang. Di situ Enchik Nasarudin dari pejabat tanah Pekan dan Encik Roslan dari Toursim Pahang telah menunggu dengan 4wd Pejabat Tanah Pahang. Encik Roslan tidak menyertai ekspedisi pad pagi ini tetapi akan bersama dalam ekspedisi dari Nenasi esok.
Kira2 Jam 9.30 kami menaiki 4wd memasuki kawasan Paya Gambut Runchang untuk ke Jeti Bot. Perjalanan sepanjang 8 km mengambil masa kira2 20 minit. Kami tiba di Jeti dan Pak Juhi telah menunggu kami dengan bot 5 orang.
10.11 Bot bergerak dari Jeti Runchang
10.13 Ternampak 3 ekor Burung Enggang Great Hornbill.
10.17 Perjalanan terhenti kerana rumah rakit terlepas tali dan merentang sungai. Lebih kurang lima minit rumah tersebut berjaya dialihkan sedikit untuk kami teruskan perjalanan
Air agak keruh macam milo pekat tetapi tidak hitam.





10.24 Balak melintang terpaksa ditolak ketepi
10.26 Satu lagi rumah rakit melintang, juga dapat dialihkan.
10.37 ternampak tempat pengumpulan kayu medang teja di sebelah kiri tebing
10.39 Melalui rumah pengumpulan rotan tetapi tiada orang dan tiada rotan ketika ini.
10.41 Terserempak dengan bot membawa keluar Medang Teja oelh Orang asli.
10.45 Tiba di Kuala sungai Serai. Sungai Serai cabang ke kiri, kami masuk ke sungai Bebar di Kanan.
10.47 Tiba di tempat perhentian ekspedisi terdahulu. Dikatakan kawasan Kampung lama



Rumah Ran yang ditinggalkan oleh orang asli di pusat pengumpulan


Pasung - cara peraih mengira julah medang teja yang dikumpul. isipadunya lebih kurang 6' x 5' x 5'. Jumlah ini dijual orang asli sebanyak RM200

10.54 Kami berhenti di Pusat Pengumpulan Medang Teja, di tebing kanan. Terdapat beberapa struktur yang buruk. Tetapi di sini jalan masuk ke kampung Durian. Rombongan memasuki ke tanah matang (keras) dengan memijak papan balak yang diletakkan agar tidak memijak tempat basah. Sebahagian kami memasuki ke Kampung Durian dan bertemu seorang penghuni.
11.52 Bertolak menghilir ke Jeti Runchang
12.20 Kami berhenti di kawasan pengumpulan rotan dan berjalan kaki menghala ke kampung runchang untuk melihat kawasan padang.
Bertemu dengan 4wd yang sedang berehat dan menaiki 4wd.
Berhenti di padang patung dan Padang Siam
1.30 bertolak balik ke Muazam.
Menginap di Chalet Kg Merchung.


Hari ke 2 - 17hb September 2016 – Mudik ke hulu dari Jeti NElayan NEnasi

NAzri bersama AH GU, tuan bot

8.30 pagi bergerak ke Jeti Nelayan Nenasi (10km)
9.13 Bertolak dari Jeti Nelayan Kg Nenasi dengan 7 orang termasuk En Roslan TP, pemandu dan pemandu arah. Bot tiada bumbung.
9.30 Nampak Burung Enggang (Oriental Pike?)
Terdapat beberapa bot berlabuh di tebing kiri dan kanan sungai.
9.38 Sepasang ‘crested serpent eagle di kiri sungai
9.41 terjumpa lagi sepasang helang (atau mungkin pasangan yang sama, tak pasti)
Ternampak beberapa lading sawit dan getah di kiri dan kanan tebing sungai,
9.44 seekor Lotong di atas pokok di kiri tebing
9.45 Ladang sawit betul2 di gigi sungai
Sehingga kini, 4-5 ekor biawak dilihat merintasi sungai
9.52 2 rumah rakit di kiri dan kanan sungai
Sekelompok rasau hanyut mula dilihat dan terdapat di kedua2 tebing
Rumah rakit ke 4/5 di lihat
9.56 Rumah rakit ke 6,7 & 8 mula di lihat
Kebun2 dilihat dan setiap satunya ada rumah orang asli
Rumah rakit ke 8
10.01 di tebing kanan terdapat lading sawit yang luas

Air mula kelihatan hitam dan pantulan pemandagan seperti cermin

10.02 air mula kelihatan gelap, Rasau semakin banyak disamping beberap kelompok mengkuang

10.10 Air semakin hitam. Pokok rasau mula bersusun di kiri kanan. Hutan masih biasa
10.14 tak kelihatan kebun dan ladang hanya hutan.
10.15 Kebun ubi dan sebuah rumah orang asli di kiri
Banyak dedaun dan batang rasau hanyut mula kelihatan. Dalam kelompok seperti pulau yang sangat kecil. Matahari di belakang kami sejak mula


10.23 kelihatan di kiri kawasan yang telah diteroka dengan luas, tapi tak Nampak apa yang di tanam
10.25 populasi mengkuan yang agak besar di antara rasau
10.32 Lebar sungai 100-120’, matahari berada di hadapan tetapi di sebelah kanan sedikit, kami sedang menghala utara.
10.33 Terlihat pokok rengas kerbau jalang yang tinggi di tebing kiri. Bahaya alahan kulit
10.37 kawasan diteroka untuk pertanian dengan luas di sebelah kanan
10.39 Kawasan berpotensi untuk menjadi jeti di sebelah kanan.
Burung Raja Udang telah dilihat sehingga kini mungkin 5 ekor.
10.44 Ladang getah sebelah kanan
10.46 pylon tnb , kabel merentang sungai
10.58 kelihatan kawasan berpotensi untuk jalan masuk ke hutan sebelah kiri
10.59 Kelihatan kawasan yang dibakar untuk diteroka di sebelah kiri
11.01 Sampai ke Kuala sungai MErba di lihat di sebelah kiri
11.06 lebar sungai dianggar 100’
Air kelihatan keruh kecoklatan dan buka hitam
11.09 Kawasan yang dibakar agak luas di sebelah kanan
11.15 Air masih Kecoklatan
11.17 Kelihatan perangkap Tapah di sebelah kiri
11.21 Mungkin rumah rakit yang ke 20
11.25 kawasan yang dibuka luas
11.26 Kawasan hutan yang terang setelah di bakar sebelah kanan
11.32 Lebar sungai mengecil sedikit sekitar 50’-80’. Air masih kecoklatan
11.43 kelihatan rumah agak besar atas tiang dibina dan ada bendera Malaysia.
11.44 Tiba di Jeti Runchang
Berhenti seketika naik ke rumah rakit. Tiada Penghuni.
12.02 Bertolak ke hilir semula
12.36 Seekor helang besar di lihat bertengek atas pokok di sebelah kanan


12.50 atas permintaan Dr Syaizwan kami berhenti melihat Jaring yang dipasang oleh penduduk tempatan di sebelah kiri. Tiada Ikan ditemui
12.51 Sampai ke Muara Merbau dan air hitam semula
1.25 Berhenti di kiri tebing kerana pemandu ingin buang air. Kawasan yang dibuka agak luas dan terdapat struktur pondok yang ditinggalkan. Dr Manoharan mengambil beberapa foto dalam air menunjukkan air yang jernih
1.35 bergerak semula ke hilir
1.37 Pokok Rengas di Sebelah kiri. Air kelihatan mengalir perlahan ke hulu, mungkin air pasang
1.44 Air di sini semakin hitam dan jernih
2.06 Kesan air naik pada pangkal rasau dan tumbihan lain (setinggi 1 kaki) menujukkan kesan seolah2 lumpur, namun air hitam.
2.08 petang, air sungai mula menghijau, menunjukkan kesan air laut
2.32 Bangau terbang atas kepala, Kable TNB mrintang sungai
12.34 pokok nipah dan bakau mula dilihat. Seekor burung Puchong juga di lihat.
12.36 sepasang helang siput di lihat
Kabel TNB tiga line
12.41 sekumpulan 16-20 ekor bangau putih terbang mengiringi dan berpusing di sekitar bot kami

12.50 Tiba di Jeti Nelayan NEnasi.


Ekspedisi Sungai Bebar

Catatan Ekspedisi sungai Bebar
dibaca
338
IMEJ RAWAK
Syarahan Greenspiration Series 01
BLOG