A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN WAN NURYANI BINTI WAN MOHAMED ROSLY
PEGAWAI EKSEKUTIF 2
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
wannuryani
BM
EN

Aku dan Dia

- 14 Apr 2022
Rindu ini menuntunku melangkah
Pada jejak-jejak yang tersisa
Setiap pijak yang bermakna
Setiap debar waktu teroka
Setiap nafas ku rela

Dari genggam erat dia
Ada kata tidak terbahasa
Bahagia yang tiada penghujungnya
Jiwa dan raga takluki rasa

Ku bawa dia ke kota ini
Menelusuri catatan pilu sepi
Terkadang tersiat rasa
Terkadang senyum seketika
Hinggar binggar lupa segala

Arusmu membawa seribu duka
Hijaumu merawat segala luka
Arakan awan di langit jingga
Melakar seribu ceritera
Kepada yang benar-benar memuja

Dengan izinNya aku ke mari menyapamu
Segalanya masih lagi di situ
Puing-puing menjadi saksi bisu
“Kota Dingin” ada dihelaian buku
Tercatit kemas satu persatu
Tidak akan luntur ditelan waktu

Semesta harapan agar rasa dia denganku
Juga kukuh dan jangan berakhir di situ

Wan Nuryani
Ranah Minang
2019

Ranah Minang
dibaca
777
IMEJ RAWAK
Inovasi: Skyridder; alat pemotong dawai pada aras
Dikir Barat
Jelajah Pulau Seribu Masjid
ARTIKEL
APRIL: BULAN KESEDARAN AUTISME SEDUNIA
KAJIAN MEMPERKASAKAN KESELAMATAN SIBER
KAEDAH AFFECTIVE DOMAIN DIBUKTI BERKESAN
BLOG