Kota Hierapolis terletak bersebelahan dengan Cotton Castle. Keluasannya sekitar 2,700 meter panjang dan 160 meter tinggi. Hierapolis berasal dari perkataan Greek yang bermaksud bandar suci. Runtuhan kota purba kerajaan Greek-Rom ini wujud lebih 2,000 tahun lalu dan musnah akibat kejadian gempa bumi pada awal abad 1 Masehi.