Kubu Qaitbay ini merupakan sebuah kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-15 yang terletak di pantai laut Mediterranean, Alexandria. Ia dbina pada tahun 882 H oleh Sultan Al Ashraf Abou Alnasr Seif Eldin Qaitbay Alzahiry atau Sultan Qaitbay bertujuan untuk mempertahankan Alexandria dari penaklukan Empayar Uthmaniyyah dan memastikan keselamatan laluan kapal-kapal di pelabuhan. Pembinaan kubu ini mengambil masa 2 tahun dengan belanja melebihi 100 ribu dinar.