A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Dusun Riffa, Changlun Kedah

- 26 Jan 2023
"Citarasa Thailand Dalam Dusun.
Rasai ketenangan sambil menikmati hidangan makanan original dari Thailand"

Gitu tagline dia bagi...

Nak sampai ke Dusun Riffa ni agak berliku laluan dia.
Dari jalan utama, korang akan melalui jalan kecil macam ni..

Dari jalan berturap kepada jalan tak berturap macam ni...

Ikut je jalan tak berturap tu sampai nampak sign kecil Dusun Riffa.

Jalan seterusnya hanya muat untuk satu kereta je...

Akhirnya sampai juga tempat yang dituju.....

Sementara kakak aku pergi parking kereta, aku terus pergi beratur untuk order makanan.

Tapi beratur kat kaunter tu cuma untuk order main course je.
Nak order air atau makanan sampingan yang lain kena ke kaunter lain pula.

Dah nama pun dusun kan so, kawasan dia memang sangat luas.
Ni yang sempat aku snap.. ada lagi kawasan lain yang tak terjangkau camera phone aku.


Kaunter Utama
Kat hujung-hujung belakang tu, ada sungai.
Kalau bawa anak-anak, boleh lah bagi diaorang mandi sungai.
Aku tengok ada pengunjung yang siap bawa pelampung lagi untuk anak-anak mandi.

Dusun Riffa mengamalkan konsep layan diri.
Kita kena ambil sendiri makanan-makanan yang kita oder di seksyen/ kaunter yang telah ditetapkan.

Meh aku tunjuk apa yang aku oder untuk main course..

Taraaaaaaaa....

Aku gigih ke sini demi Miang Pla Pao Siakap ni
Daging Bakar Danok
Kerabu Kaki Ayam
Set Miang Pla Pao Siakap sepatutnya ada suun.. tapi mungkin dia terlupa kot.
Ntah lah.. aku pun tak teringat nak tanya.

Tak banyak aku oder sebab datang berdua.
Tu pun tak habis makan.. tapau bawa balik.

Tapi ada makanan sampingan lain lagi yang aku beli 😁

Lutchup comel dan sedap
Pulut Mangga
Pulut Ayam
Roti Golok
Vietnamese Rolls
Green Tea
Ikut nafsu, banyak lagi yang aku nak tapi ku tahan kan sebab berdua je kan?

Dusun Riffa ni beroperasi dari hari Selasa hingga Ahad.
Hari Isnin tutup.

Waktu operasi bermula jam 11 pagi.

Kalau korang datang ke sini waktu cuti yang panjang macam cuti sekolah, bertabahlah menunggu.

Hari tu aku pergi masa cuti sekolah bulan Disember.
Aku sampai kat situ dalam pukul 1 tengahari.
Aku beratur nak order main course dalam 50 minit.. kira 1.50 baru sampai turn aku.
Pukul 3 petang baru aku dapat makan weiiiiiii.... 😭😭

Tinggi tahap kesabaran aku demi seekor Miang Pla Pao siakap tu 🤣🤣

dibaca
4888
IMEJ RAWAK
Di hadapan Masjid Fayuan
Taman Bunga Sakura di Great Wall
Panorama Sungai Landia
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!