A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Oh Ayah!!

- 14 Jun 2008
Bapa, Ayah, Abah, Papa, Pak,
Walid, Ayahanda, Dad, Appa….

Moga Tuhan rahmati kamu dihari ulangtahunmu.
Walau bapa tidak se gah ibu
Walau bapa sendiri tidak ambil kisah
Namun bapa mana pun tetap terasa kecil hati didalam
Maklumlah ibu ada gahnya

Ibu kan ada…

Ibu roti
Ibu jari
Ibu pejabat
Ibu sawat

Tapi...

Mana ada Bapa roti?
Mana ada Bapa jari?
Mana ada Bapa Pejabat?
Mana ada Bapa Sawat?

Yang mereka lebih nampak....

Bapa ayam
Kepala Bapa

Tapi...

Tidak mengapa bapa
Kami tahu pengorbanan bapa

Kan ada Bapa kemerdekaan
Kan ada Bapa Pembangunan
Kan ada Bapa teknologi
Kan ada Bapa perpaduan

Hari Bapa…

Hari buat semua merenung pengorbanan bapa

Dimana baju dan seluar anak lebih penting
daripada seluar dalam beroti jala seorang bapa

Dimana makan dan minum anak isteri
lebih penting dari nyanyian dangdut perut bapa.

Dimana makian dan telahan ditempat kerja
bagaikan hanyalah nyanyian

Besar jasa Bapa kepada kita dalam membesarkan kita hari ini

Selamat Hari Bapa 15 Jun 2008 buat arwah ayah Hj Ismail
dan semua bapa-bapa di Dunia nie...

dibaca
783
IMEJ RAWAK
Frankfurt, Germany
Perkarangan Sun Yat Sen Memorial Hall
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!