A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

MZ Cafe Bangi

- 30 Nov 2021
Kalau korang biasa lalu jalan Kampung Dato Abu Bakar Baginda
mesti korang perasan Restoran MZ Cafe Bangi ni kan?

Kawasan restorannya luas dan selesa sangat.
Parking pun senang.

Pelbagai menu ada di sini.
Gabungan masakan Barat dan juga masakan Asia.

Aku belum pernah try lagi makanan western kat sini.
Kalau ke sini, kawan aku lebih suka order masakan panas Thai.

Let's check out apa yang kawan aku order...

Kerabu Sotong
Siakap Tiga Rasa
Telur Bungkus
Kailan Ikan Masin
Kalau ke sini, mesti kena try menu special restoran ni.

Apa menu special nya?



Taraaaaaaaa.....

Sup Gearbox
Sedap oi sup gearbox kat sini.
Yang dalam gambar tu gearbox saiz L.
Harga sup ni ikut saiz gearbox yang korang pilih.

Nah... muka bahagia dapat makan sup gearbox 😁

Sekali sekala boleh lah makan sup ni, tak boleh selalu.
Bahaya gitu..

Kalau nak cuba, ni alamat kedai: MZ Cafe Bangi, Jalan Utama, Kampung Dato Abu Bakar Baginda

Beroperasi dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.



dibaca
538
IMEJ RAWAK
Di Summer Palace
Kubu Sultan Qaitbay Alexandria
Chiang Kai-shek Memorial Hall
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!