A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

The BRGR, Glenmarie Shah Alam

- 29 Nov 2021
Nama The BRGR ni aku selalu dengar daripada kawan-kawan aku yang penggemar burger.
Baru kali ni kau berpeluang untuk cuba sendiri keenakan burger The BRGR.

Aku ke cawangan The BRGR yang terletak di Glenmarie Shah Alam.

Restoran ini berkonsepkan layan diri.
Order dan pick up order semuanya di kaunter.

Pilihan burger yang terdapat di sini...

Selera kami hari tu nak try burger seafood dan dalam masa yang sama nak juga rasa burger daging.
Kata orang beef patty kat sini sedap.

So, ini yang kami pilih...

Soft Shell Crab + Beef
UFO Giant Fried Sotong + Beef
Setiap set didatangkan dengan air dan juga fries.
Fries tu boleh pilih nak fries biasa atau curly fries.
Kena tambah RM1 kalau pilih curly fries.

Air boleh pilih antara soft drinks atau Ice Lemon Tea.

Muka dah tak sabar nak makan burger sedap ni 😁

Tengok beef patty dia, tebal kan?

Habis sebiji burger terus rasa kenyang.
Curly fries tu terpaksa aku tapau bawa balik.

Untuk outlet di Glenmarie ni, dia join sekali dengan Urban Artisan Cafe.
So, korang boleh lah try dessert bubble waffle yang viral tu kat sini.

Lepas makan burger, kami lepak berbual bagi perut rileks dulu.
Kemudian kami order satu Bubble Waffle Mix Berry Topping with Ice Cream.

Bubble Waffle Mix Berry Topping with Ice Cream
So, untuk penggemar burger aku recommend kan korang untuk cuba burger The BRGR ni.
InsyaAllah tak mengecewakan.

Kalau nak try yang outlet aku pergi, ni alamat nya:

NO.34, Jalan Penguasa U1/53B, Temasya Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor

Beroperasi daripada pukul 12 tengahari hingga 10 malam.

dibaca
130
IMEJ RAWAK
Kruger House Museum, Pretoria
Perpustakaan Iskandariah, Alexandria
Kings Park, Perth
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!