A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Warung Tepi Sawah, Kangar Perlis

- 29 Nov 2021
Salah satu kedai makanan popular di Perlis ni ialah Warung Tepi Sawah.
Makan sarapan sambil dihidangkan dengan permandangan sawah padi.

Banyak juga pilihan makanan yang ada di kedai ni... antaranya

Sate, Daging Bakar & Pulut Panggang
Soto, Moi Sup, Bakso & Laksa
Nasi Lemak
Capati & Peknga
Roti Bakar
Ada lagi beberapa menu lain seperti kue teow goreng dan rojak pasembur.

Aku sampai hari tu pukul 9 pagi, MasyaAllah... ramai gile orang.
Terpaksa buat muka tebal berdiri tepi meja pelanggan yang dah nak habis makan.
Walaupun kedainya 2 tingkat, semua meja penuh.

Antara makanan yang sempat aku cuba...

Roti Bakar Telur Gedik - Signature dish kat Warung Tepi Sawah
Roti Bakar Kaya
Pulut Ikan Masin
Peknga + Gulai Ikan Kembong
Kue Teow Goreng
Nasi Lemak + Sambal Telur + Sambal Ikan Masin
Teh Tarik
Kalau korang teringin nak merasa semua makanan, aku nasihatkan korang datang awal.
Sebab ada makanan yang cepat habis.
Walaupun warung beroperasi jam 8 pagi tapi pukul 7 pagi dah ramai yang beratur.

Pukul 9 pagi aku sampai tu pun lauk untuk nasi lemak banyak dah habis.

Kalau korang datang awal, aku cadangkan untuk korang duduk di tingkat atas.
Lagi cantik pemandangan dia dan memang tenang je rasa jiwa.

Selesai makan, jangan lupa untuk bergambar di sini.
Kat bahagian belakang ada disediakan port untuk pelanggannya bergambar.

Jangan lupa singgah ke Warung Tepi Sawah kalau korang terlajak sampai ke Perlis.

dibaca
800
IMEJ RAWAK
Madrasah Karatay, Konya
Kapal Atas Rumah, Gampung Lampulo
Di Summer Palace
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!