A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Brahim's Bihun Sup Daging Tempatan, Simpang Empat Kedah

- 18 Nov 2021
Suka makan bihun sup utara?

Bihun yang berwarna kuning dimakan dengan sup daging panas.
Dilengkapkan dengan sambal cili pekat merah...

Perghhh...!!! Mantap gitu 😁

Salah satu kedai bihun sup utara yang sedap di Kedah ialah Brahim's Bihun Sup Daging Tempatan.
Terletak di Pekan Simpang Empat Alor Setar.

Pilihan menu yang ada di sini ialah bihun sup, kue teow sup, mee sup, moi sup atau bubur nasi dan juga sup kosong.
Dah nama pun Brahim's Bihun Sup Daging Tempatan so, memang tak ada pilihan sup ayam.

Aku pergi dengan family kakak.
Kami order bihun sup biasa dan juga bihun sup special.

Bihun Sup Daging Biasa
Bihun Sup Daging Special
Apa beza bihun sup biasa dengan bihun sup special?

Bukan pada cili merah tu ya...
Tu sebab bihun sup biasa tu aku lupa letak cili dulu masa ambil gambar 😅

Beza pada saiz. Mangkuk dan isi bihun sup special besar sikit berbanding yang biasa.

Antara bihun sup terbaik kat Kedah ni.
Sup nya mantap. Daging tempatan nya fresh.
Rasa tak cukup semangkuk tau 😅

Selain bihun sup, kalau ke sini jangan lupa order ABC.
ABC nye simple tapi sedap sebab ais dia halus je bak Salju.
Meriah dengan jagung ditabur kat atas.

Satu lagi air special kat sini, air oren.
Nama air ni air Oren Mexico.
Kenapa Mexico, aku pun takde jawapan.

Air oren Sunquick dicampur dengan susu.
Not bad rasa dia.

Oren Mexico
Sirap Bandung Cincau
Teh Ais
Nak ke sini kalau ke Alor Setar ikut highway, boleh exit kat Tol Pendang.
Kemudian follow signboard ke Alor Setar ikut jalan biasa.
Kedai dia terletak di sebelah kiri jalan berdekatan dengan Balai Polis Simpang Empat.

Jangan lupa singgah try noooo...

dibaca
306
IMEJ RAWAK
Rumah Tamu National Central University, Zhongli
The Grand Palace, Bangkok
Cape Of Good Hope, Capetown
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!