A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 10

- 09 Nov 2021
17-06-2021 hingga 02-07-2021

Dalam wad medical 8C ni untuk pertama kalinya aku dapat jejak kaki ke lantai
dan diajar berdiri oleh pegawai fisio menggunakan walking frame.

Alhamdulillah... syukur sangat.
Dengan menggunakan walking frame tu dapat lah aku mengatur beberapa langkah.
Dia punya happy tu tak tau nak gambarkan macam mana.
Tapi terasalah otot kaki tu lemah... tak boleh nak berdiri lama.

Rutin harian kat sini masih lagi sama seperti di dalam wad 7B dan 6B.
Setiap 4 atau 5 jam nurse akan datang untuk ambil bacaan.
Tengah malam doktor akan datang untuk ambil darah.

Pertama kali dapat sarapan bihun goreng.. habis aku makan 😅
Bukan sebab sedap sangat tapi sebab dah lama tak makan.
Makanan hospital kan.. mana lah sedap sangat.

Bilangan ubat masa kat dalam wad ni juga berkurangan sikit
berbanding semasa dalam wad 7B dan 6B.

Kat wad ni juga buat pertama kalinya aku dapat berjumpa dengan anak sedara aku.
Amzar datang dengan kakak tapi sebab sorang je yang boleh naik ke wad
so, kakak tunggu kat lobi.

Bila nurse cakap kat wad ni pelawat boleh datang tapi cuma untuk ambil barang je
so, aku terus lah call minta Amzar datang ambil barang yang tak guna untuk dibawa balik.
Banyak sangat barang aku.. termasuk segala belon dan hadiah yang orang bagi.

Tak lama kat wad ni, 21-06-2021 aku dipindahkan ke wad rehab 8D.
Haa... di wad 8D ni buat pertama kalinya aku dapat mandi setelah 36 hari warded 😅
Happy nyeeeee.. dapat basahkan badan, dapat buang air kat toilet.

Tapiiii...

Ada tapi nyee... 😬

Nurse tolak aku ke toilet menggunakan commode wheel chair.
Mula-mula tolak ke toilet bowl untuk buang air.
Bila selesai, dia tolak pula ke shower untuk mandi.

Nak dijadikan cerita, masa hari pertama tu aku boleh pula sembelit.
Pada hal selama ni masa guna pampers tak penah sekali pun sembelit.
So, aku terpaksa menggunakan tenaga untuk teran masa buang air.
Masa tu dah tercungap-cungap dah tak cukup nafas.
Akhirnya nurse masukkan ubat pelincir untuk mudahkan aku membuang.

Masa nurse tolak aku ke shower, aku memang dah terasa semput dah.
Dah rasa tak larat sangat dah.
Mungkin sebab banyak guna tenaga semasa meneran kot.
So, masa kat shower ni memang spo2 aku drop.

Siap pakej sekali dengan rasa nak pitam.
Rasa dunia aku kelam je masa tu.
aku dapat basahkan badan sekejap je.
Kelam kabut nurse keluarkan aku dari toilet tolak ke katil.
Dapat je baring.. Allah rasa lega sangat.

Nurse cakap..

"Kalau macam ni, esok tak payah mandi lah..."

Uwaaaaa.... sedihnya... 😭😭

Baru je rasa happy sebab dapat buang air kat toilet dan dapat mandi basahkan badan.

Tapi nurse cakap je.. esoknya tetap juga bawa aku mandi.
Dan di hari kedua dan hari-hari seterusnya aku dah pandai control pernafasan aku.

aku minta nurse tolak aku ke toilet bowl.
Kemudian aku buang air dan mandi terus di situ.
Memang lah air nye sejuk tapi sekurang-kurangnya bila aku tak banyak bergerak, spo2 aku tak drop.

Eh.. tak tau commode wheel chair?

Ni rupa dia..

Commode wheelchair sumber Google
Kat seat tu ada lubang.. bila tolak ke toilet bowl
kita boleh terus buang air tanpa perlu bangun berpindah duduk atas toilet bowl.

Jadual di dalam wad rehab tak sama seperti wad lain.
Di sini rutin harian bermula seawal jam 6 pagi.

Pukul 6 nurse akan datang bawa pesakit ke toilet untuk mandi.
Sementara menunggu pesakit mandi, nurse akan tukar cadar katil.
Dah siap mandi, nurse akan bantu untuk pakai pampers dan kain baju.
Aku masih pakai pampers sebab belum boleh urus diri sendiri lagi.

Pukul 8 pagi, sarapan dihantar oleh catering hospital.
Antara sarapan aku kat wad 8D...

Nampak menyelerakan la sikit berbanding dengan wad sebelum ni 😊

Kemudian pukul 9 pagi, segerombolan doktor akan datang melawat.
Masa ni kalau ada yang kita rasa tak okay, terus je bagitau diaorang.
Ramai doktor yang datang.. kadang-kadang Dr Sa'ari pun ada sekali.

Dalam pukul 10 pagi, pegawai fisio akan datang untuk sesi motor skill.
Ni antara permainan yang aku lakukan semasa sesi tersebut...

Biasanya sesi tamat jam 11.30 pagi.
Rehat sekejap kemudian pukul 12 tengahari catering datang hantar lunch.

Antara lunch aku kat wad 8D...

Kalau nak tau, semua makanan di atas tidak ada garam.
Aku diberi satu paket kecil garam untuk aku tambah sendiri dalam makanan tu.
Sepekat kecil garam tu adalah jumlah garam yang badan aku perlukan.
Lupa pula aku nak snap gambar paket garam tersebut.

Oh ya.. semasa di wad 8D ni doktor tukarkan jenis diet aku.
Aku lupa jenis diet nye cuma yang aku ingat, aku tidak lagi diberi air teh atau kopi
dan semua makanan aku tiada garam.
Sarapan dan minum petang dihidangkan dengan air susu dan air kosong sahaja.

Habis makan tengahari, rehat.. tidur sekejap.

Tepat pukul 2, nurse akan datang bawa aku turun ke gym di level 2.
Petang adalah sesi fisio untuk kuatkan otot tangan dan kaki.

Sesi selama 2 jam.. pukul 4 petang tamat sesi gym.
Nanti nurse akan datang ambil semua pesakit tolak balik ke wad.

Setiap hari sebelum turun ke gym, nurse akan bandage kedua-dua belah kaki aku.
Aku lupa lah kenapa kena bandage. Tapi arahan daripada Dr Sa'ari.
Kaki dibalut bandage dari pergelangan kaki hingga ke atas lutut.

Pukul 4.30 petang catering datang hantar minum petang.
Biasa nya dapat kuih tawar.. tak ada gula 😅
atau pun biskut tawar cicah dengan air susu panas.

Kemudian aktiviti bebas.
Dalam bilik aku ada TV.. nurse yang baik hati datang letak TV kat bilik aku duduk ni. Thank you Zawa.
So, takde lah boring sangat kat wad ni.

Oh! Sebenarnya kan.. wad rehab ni tak banyak katil pun.
Ada 8 bilik.. setiap bilik ada 2 katil kalau tak salah aku.. kira pesakitnya tak ramai lah.
Disebabkan tak ramai so, semua layanan kat sini macam layanan VVIP.

Bilik aku betul-betul depan kaunter nurse.
Sebab doktor kata aku perlu lebih pemantauan.
Dan juga dekat dengan toilet.

Pukul 7 malam, makan malam dihidangkan.
Menu dinner tak jauh beza dengan menu lunch.
Yang berubah cuma cara masak dan jenis lauk.
Kalau lunch dapat lauk ayam, dinner akan dapat lauk ikan.
Begitulah sebaliknya.

Sebelah malam dah tak ada apa-apa aktiviti.
Kalau tak menonton tv, aku main handphone atau pun tidur awal.

Jujur, aku memang suka tinggal kat wad rehab ni.
Jadualnya lebih tersusun.
Nurse dan doktor semua baik dan very friendly.

Alhamdulillah ukhwah dengan beberapa orang nurse berterusan hingga sekarang.

Setelah 46 hari aku dirawat di Hospital Serdang, akhirnya...

"Kita boleh benarkan Sofi discharge petang ni...."

Ya Allah!
Rasa nak peluk Dr. Sa'ari lepas dengar dia cakap macam tu 😁

Mengambil keberkatan hari Jumaat, bertarikh 02-07-2021 aku dibenarkan untuk discharge oleh Dr. Sa'ari.
Berita yang sangat ditunggu-tunggu.
Syukur ya Allah...!!

Aku terus call kakak bagitau aku dah boleh balik rumah.
Cuma kakak tak dapat datang petang tu sebab kerja.
So, kakak datang ambil aku lepas Maghrib.

Aku dibawa balik ke rumah kakak di BTHO.
Kakak jaga aku selama lebih kurang 3 bulan lebih.
Dengan berat hati kakak hantar aku balik ke Kajang pada 19-09-2021.
Selama aku tinggal sorang, setiap hari kakak akan mesej tanya kabar aku.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family
terutamanya kakak aku di BTHO yang banyak membantu aku.
Terima kasih juga kepada EE, Sha (jiran aku) dan semua sahabat syurga aku
sama ada di dunia nyata mahu pun dunia maya di atas segala usaha dan tak putus-putus
doakan kesembuhan untuk aku
.
Alhamdulillah for all of you amazing people.

And thank you to all healthcare heroes especially di wad ICU, wad 7B,
wad 6B, wad 8C dan wad 8D Hospital Serdang for the best
hospitality and being very helpful the whole time aku dirawat di sana.

Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua 💙

Sekarang sehingga entri ini ditulis, aku masih belum pulih sepenuhnya.
Tapi alhamdulillah dah banyak sangat improvement berbanding sebelum ni.

Apa pun aku sangat bersyukur masih lagi diberi peluang untuk melihat dunia ni.
Seolah mendapat nyawa kedua.. semoga aku dapat menggunakan peluang
yang Allah bagi ni dengan bijak. Doakan aku ya....


Tamat

dibaca
649
IMEJ RAWAK
Panorama Sungai Landia
Monumen Korban Gempa, Padang
Boulders Beach - Home Of African Penguin
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!