A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 6

- 29 Oct 2021
18-05-2021

Selepas di tidurkan di dalam ambulan, Aku tak tahu dah apa yang berlaku di sekeliling aku.

Ini daripada apa yang diceritakan semula oleh family...

"Acu ada call Teh tak? Ambulan bawa acu pi hospital mana?"

Soalan Habib (anak sedara) kepada kakak dijawab dengan jawapan

"Takdak. Teh pun tak tau"

Mula lah diaorang kelam kabut. Habis kecoh dalam group Whatsapp family.

Anak-anak sedara aku call beberapa hospital termasuklah Hospital Sungai Buloh
cari nama aku tapi jawapan yang diterima semua

"Tiada"

Akhirnya pencarian mereka berhasil...

Hampir jam 3 petang, Habib dapat tahu aku kat Hospital Serdang.
Itu hospital yang terakhir mereka call.

Bila dah tahu aku kat hospital mana, mereka dah mula risau pasal rumah.
Takut rumah aku tak tutup dan tak berkunci.
Alhamdulillah ada jiran aku post status ni kat FB dan tag aku.
Kakak aku call tanya jiran aku tu.

Jiran aku ceritakan keadaan aku masa ambulan datang ambil tadi.
Lagi risau lah semua orang.

Memandangkan kakak sekeluarga pakai gelang pink tak boleh nak keluar rumah
dan anak-anak sedara pula duduk jauh, diaorang minta tolong dengan EE (kawan aku)
yang kebetulan ada di pejabat Putrajaya.

EE ke hospital uruskan pendaftaran aku.
Masa tu aku masih di dalam Red Zone wad kecemasan Hospital Serdang.
Walaupun condition aku teruk tapi belum dapat masuk ke wad ICU sebab wad penuh.

Result swab yang dihantar kepada kakak menunjukkan aku sah positif Covid-19.

Dalam pukul 6.40 petang kakak mesej dalam group family

"Maksu dikomakan sekarang dan doktor pasang intubate untuk pernafasan.
Ada perkembangan daripada mula masuk tadi lepas pasang intubate tu.
Sekarang masih kat red zone, mungkin esok atau lusa akan masuk ICU."

Family makin bertambah risau selepas dapat berita tu.
Dah la tak dapat tengok aku kan.. tiba-tiba dapat berita dah dikomakan.
Anak-anak sedara mula mencari kawan-kawan atau kenalan
diaorang yang bekerja di Hospital Serdang untuk tahu keadaan sebenar aku.

Dalam pukul 8.30 malam, Abang Yeh (anak sedara) call wad ICU Covid.
Berita yang diterima sedikit melegakan family bila mana aku dah ditransfer ke wad ICU.

Family mula update status kat platform medsos.
So, mana kawan-kawan yang terbaca status tu, mulalah pm diaorang untuk tahu details.
Busy family aku hari tu menjawab pertanyaan daripada kawan-kawan aku dan juga kawan-kawan diaorang 😅

Dan mula tersebarlah berita aku koma kena Covid.
Memang terkejutlah kawan-kawan dapat berita tu.
Sampai ada yang terkena panic attack..



To be continue...

dibaca
742
IMEJ RAWAK
The Grand Palace, Bangkok
Di perkarangan Masjid Nandouya
Chiang Kai-shek Memorial Hall
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!